May 28, 2014

Mencetus Paradigma


Sedang berfikir-fikir untuk membuat satu keputusan.

Keputusan yang sangat besar. Boleh mengubah keadaan dan hidup.
Mungkin susah dulu senang kemudian. 
Yang memungkinkan penyelesaian atau memungkinkan penyesalan.
Belum cuba belum tahu.
Namun, ia adalah suatu percubaan diatas tiket risiko.
Apakah akan high risk high return? Atau sekadar keputusan yang mem'cadbury' buta?
Ada orang, dengan usaha yang minima dah boleh berjaya.
Ada orang, usahanya perlu berbakul-bakul baru boleh berjaya.
Aku orang yang ke-dua tu.
Sedar tak sedar, orang yang paling dekatlah penyumbang terbesar dalam mempengaruhi satu-satu hasil dan keputusan sesebuah usaha.
Kecekalan hati yang maha jitu adalah amat perlu.
Dan mungkin itulah sebenarnya yang menjadi pencetus anjakan paradigma ini.
Ada kehendak, adalah usaha. Ada usaha, maka adalah pengorbanan.
Dan pengorbanan itu harga untuk satu keberhasilan yg berjaya.
Insyaa Allah...