Jul 12, 2017

Jenis-Jenis Pampers Drypers

Bila dah ada anak ni baru tau bukan jenama pampers je yg banyak.
Tapi jenis dan fesyen untuk satu-satu jenama pun pelbagai rupanya.
Tapi yang paling banyak jenis rasanya Drypers la kot.
Orang lain ada tape & pantz je. Dia, semua nak sapu. Lol
Adalah dalam lebih kurang 6 jenis.

Sejak dilahirkan, Farrel tak pernah pakai pampers lain selain Drypers dan kesemua 6 jenis ni dah pernah try.
So, mama dengan berbesar hatinya share sedikit sebanyaklah pasal drypers.
Available packs-mama share yang mama tahu, pernah pakai ataupun pernah terjumpa.
Harga-Tak dapat disenaraikan sebab harganya pelbagai.

1. Classic (Tape)


Classic tape ni pernah beli saiz S. Pinggang dia tak stretchable sebab takde getah.
Cutting kecik. Kalau baby jenis bambam kena pakai 1 size bigger.
Ketebalan dia kurang tapi soft. Harga murah

Available Size
Available Packs
S
26, 54, 82
M
22, 46, 72
L
20, 38, 60
XL
16, 32, 50
XXL
14, 42

2. ClassicPantz


Cutting kecik & cawat pendek. Tak sesuai pakai lama kalau baby kulit sensitive. Cawat pendek tu boleh buat melecet. Kalau baby jenis bambam kena pakai 1 size bigger. Harga murah.

Available Size
Available Packs
S
44, 60
M
38, 58
L
32, 48
XL
28, 44

3. Wee Wee Dry (Tape)


Wee Wee Dry packing paling banyak dan paling femes. Ketebalan dia adalah sederhana. Kalau siang salin dalam 2 kali pun dah ok. Tak sesuai pakai overnight sebab akan bocor dan kena kerap salin dalam 3-4 kali. Harga affordable.

Available Size
Available Packs
NB
4, 14, 28, 64
S
4, 16, 32, 58, 82, 88
M
4, 14, 28, 52, 74, 80
L
3, 12, 24, 44, 62
XL
3, 10, 20, 36, 50
XXL
3, 8, 16, 32, 40

4. Drypantz


Ketebalan dia adalah sederhana. Kalau siang salin dalam 2 kali pun dah ok. Tapi cawat pendek. Getah agak ketat. Tak berapa lembut. Tak sesuai overnight. Mesti kerap salin.

Available Size
Available Packs
S
4, 26, 48
M
4, 24, 44, 60
L
3, 20, 36, 48
XL
3, 18, 32, 42
XXL
3, 14, 28, 36

5. Drynights (Tape)


Drynights ni sekali je beli. So tak berapa tau available packs selain yg kat bawah ni.
Even nama dia Drynights iaitu untuk pakai malam, tapi tak sesuai untuk overnight. Ketebalan dia sama je macam wee wee. Macam mana kita pakaikan & salin wee wee at night, macam tu jugak la drynights. So tak perlu kot beli 2 jenis khas day & night since yg ni boleh pakai siang & malam. Harga Affordable.

Available Size
Available Packs
M
40
L
34
XL
30
XXL
24

6. Touch


Touch ni yg paling terbaru. Packing pun tak terlalu banyak. Dalam banyak-banyak jenis, Touch ni yg paling tebal, cawat panjang & pinggang lebih lebar. Kalau wee wee pakai L, touch boleh pakai M. Touch boleh pakai overnight tanpa salin sebab susah nak bocor. Harga mahal.

Available Size
Available Packs
NB
80
S
44, 70
M
40, 64
L
34, 54
XL
30, 46

Maksud mama overnight ialah pakai sepanjang malam tanpa tukar. Untuk Farrel, currently mama pakaikan Drypantz on weekend sebab kat rumah dengan mama memang kerap tukar. Wee Wee kat rumah pengasuh sebab mama kira pampers yg hantar kat pengasuh berapa keping dia pakai, so mama tahu amat jarang sekali tukar. Dan Touch mama pakaikan bila pergi travel, shopping and malam time tido.

Tapi macam kita tido nak selesa macam tu jugak la anak. Even pampers tu boleh support overnight pun jangan kedekut tukar. Btw, touch mahal jadi memang akan kedekut haha. So, tipsnya, after mandi pakai wee wee dulu. Dah pee sekali, nak tido nanti baru tukar pakai Touch. Ataupun pakai Touch atleast akan tukar sekali tengah malam tu. Mommies semua mesti faham kan jadual dan kekerapan poo pee & menyusu anak. So, boleh apply kan dalam pemakaian pampers. Gittuhh.

Lain budak lain pulak kesesuaiannya, lain la pulak cerita experiencenya. Ada yg boleh je go on dengan classic tapi tak sesuai touch sebab pee sekali dah menangis rimas mintak tukar. Membazir. Ada jugak yg jenis macam farrel. Pee dah bocor pun boleh aman damai dibuai mimpi. Mama je la yg fussy sibuk-sibuk nak salin. Jadi, begitulah sedikit sebanyak experience mama dan Farrel. Tengok second baby nanti pulak macam mana. Kekeke. Semoga memberi sedikit gambaran dan pencerahan.