Posts

Pengalaman Bersalin Czer Kali Kedua: Kuasa Naluri Seorang Ibu

Image
"Sy rasa boy! Eh, mcm girl la plak. Eh, emm.. Ok sy tak berani nak confirm" "Im not sure. I can say 60% is a boy but cannot confirm." "I think it's a girl..because I dont see any sign of 'bird'. I think it's probably girl. Probably. I cannot confirm." That was the 6th time ultrasound.. Dah 6 kali scan pun still xtau jantina. Not even once. Yang kedua ni betul-betul nak surprise mama ke apa. . Alhamdulillah tanggal 3/11/17, berkumandanglah suara tangisan baby yg penuh energetic kuatnya. Selesai dia dibersihkan, sementara aku sedang dijahit, doctor yang mendukung bayiku segera meletakkannya diatas dadaku. Skin to skin. Automatik tangisan lantangnya tadi hilang. “Oh dia kenal bau mak dia ni. Tu pasal terus senyap” ujar doctor. Kucium pipi dan dahinya yang putih bersih itu. Wangi. Wangiannya lembut dan menenangkan. Bukan bau perfume, bukan bau sabun. Wangian yg tak pernah aku bau selama kehidupan ini. Entah kenapa, dia tenang aku

Berjayakah Kita Sebagai Ibu Bapa

Anak Aku Jadi Orang. Anak kau? Farrel suka menggigit. Gigit tu bukan lekat pastu lepas. Tak. Gigit, tarik, baru lepas. Gila tak sakit? Lebam confirm. Adik dia pun dah kena. Menangis dah tentu. Mama rasa marah? Dah tentu! "Kalau aku dah tampar dah mulut budak tu. Biar dia tahu sakit. Lepas tu dia tak buat lah." Kalau aku begitu. Kalau aku begini. Yelah, sebab tu kau bukan aku. Tu anak aku bukan anak kau. Bukan nak kata kau takde perasaan sebab tu bukan anak kau. Bukan. Tapi cara mendidik anak takkan pernah boleh sama. Tak boleh samakan anak kau dengan anak aku. Even anak tu lahir dari rahim yg sama sekalipun, cara didikan takkan sama. Perangai ada beza. Penerimaan physically and emotionally takkan serupa. Itu adik beradik. Apatah lagi yg dari rahim berbeza? Anak kau, cara kau, berjaya. Tapi blm tentu berjaya pada anak aku. Faktor umur. Faktor jantina. Sebab musabab berlaku begitu begini. Kena kaji. Baru tau kesesuaiannya cara didikan tu. Jangankan sebab, kau dengar

Pregnancy: Iron-Deficiency Anemia

Image
Anemia yang disebabkan oleh kekurangan iron. Anemia ialah penurunan jumlah cell darah merah atau penurunan haemoglobin dalam darah.  Kekurangan iron ini terjadi biasanya disebabkan oleh kehilangan darah, kurang makan ataupun kadar penyerapan iron yang tidak maksima dari makanan yg dimakan. Simptom Iron-Deficiency Anemia -        Pening -        Pucat -        Sejuk tangan & kaki -        Chest pain -        Keletihan yang amat -        Heartbeat yang tidak teratur/laju -        Nafas pendek Iron-Deficiency Anemia semasa mengandung Masa preganant, kita berkongsi segalanya dengan janin. Apa yang kita makan turut disalurkan kepada janin untuk perkembangan dan tumbesarannya. Jadi, perkongsian ini juga turut menjejaskan kepekatan darah. Kepekatan darah yang tidak sesuai ni adalah bahaya untuk both ibu dan anak. Salah satunya boleh merencatkan tumbesaran janin iaitu boleh menyebabkan kecacatan. Kiranya tak cukup zat gitu. Risiko pada ibu pulak, kemungkina

Hati mama bagai dikoyak-koyak..

Image
Pagi selasa tu hujan baru berhenti. Jalan masih basah. Udara masih berkabus. Mama ada appoinment kat hospital sg buloh. Cadangnya farrel mama papa hantar ke rumah BS dulu. Tak nak mengangkut sekali sikecik tu ke hospital. Surrounded with sicks people and confirm lama urusan haritu nanti. Lepas siap semuanya, papa keluar ke kereta dgn farrel dulu. Mama bancuh bekal susu farrel. Sebaik menutup pintu sambil melangkah keluar, terdengar suara farrel meraung diselangi jeritan papa, "Mama cepat, farrel jatuh. Berdarah!" Berdarah...terngiang-ngiang kat telinga mama. Berdarah. Farrel jatuh atas jalan tar. Tak lama untuk mencerna, mama ketepikan dulu semua persoalan. Pantas, farrel bertukar tangan dari papa ke mama. Allahu..muka farrel penuh darah. Dari dahi sampai ke mulut sampai ke tangan sampai ke siku darahnya mengalir. Berselang dengan air matanya. Mama lap darah untuk pastikan mana yg luka. Darah berpunca dari dahi. Titik lukanya. Tisu yg sempat papa tekup pada dahi dh pun l

Setahun Sudah

Image
Assalamualaikum penghuni pertama rahim mama.. Lahirnya kedunia bersama doa. Dalam bahasa Tuhan yg telah lama mama titipkan. Dia kurniakan kamu kepada mama dengan penuh kesempurnaan. Takkan mama lupa kali pertama mama menatap wajahmu. Matamu, hidungmu, bibir, tangan, kaki, sungguh mama jatuh cinta pada semuanya. Takkan mama lupa senyuman pertama kamu yg menhilangkan segala kegusaran semalam. Mama bersyukur kamu selamat setelah segala kesulitan dan kemungkinan yg takkan mampu mama bayangkan pun b erlaku. Kini, genap setahun kamu memberi cahaya dalam hidup mama dan papa. Tiada satu saat pun memori yg kamu beri akan mama lupakan. Kalau boleh dilukis mama lukis. Agar tiada satu pn memori yg kan hilang. Maafkan segala kekurangan mama. Pemberian mama tak pernah kan sempurna buat kamu. Tapi mama kan cuba cukupkan segala seadanya. Agar kamu tak rasa kurang apa pun. Dengan kamu, mama belajar sesuatu. Nikmat yg berbentuk amanah ini, bukan untuk terbebani, bukan tempat meluah ama

Pembawakan Budak

Image
Harpick pencuci tandas (purple) Pencuci tandas ye bukan pencuci lantai Itulah bau yg paling nikmat sekali Terngiang-ngiang baunya sampaikan ada masa tu saje-saje je tuang dalam toilet bowl, dinding (mozek) & lantai. Nanti sambil sental toilet sambil amik bau. Kalau tak tuang, time mandi tu bukak cap dia dapat amik bau pun cukupla. Bila dapat bau tu senang hati je rasa. Tapi yang purple ni je. Yang lain tak suka. Back then, aku & husband pakai shower cream yg berlainan. Aku pakai baby shower cream. Acah-acah kulit bayi gittew. Laki ku pakai lifebuoy merah. Mak aih bau lifebuoy yg sebelum ni ok tetibe jadi begitu busuk dihidungku sampai trigger rasa nak muntah. Dia sampaikan aku tak masuk toilet after hubby & aku takkan dekat dengan dia after dia shower. Semuanya sebab lifebuoy. Haha kesian lifebuoy tak bersalah. Hal ini memaksa laki ku mencari shower cream lain. Diheretnya aku sekali time nak cari shower cream tu semata-mata nak suruh aku

Makna Sebuah Syawal

2017.. Kami masih disini Dari lahirnya kebumi ini 27 tahun yang lalu, sampai dah kawen, sampai dah ada anak, kami masih disini. Bau bendang, bau selut, semuanya seakan sebati Sesekali seperti terlintas bau-bauan kampung itu, pastikan menerbit rindu.. Rindu pada kenangan lalu, kenakalan budak hingusan dan yg pasti kerinduan tidak bertepi kepada yg telah lama menghadap Ilahi.... Raya ini, rasanya bercampur baur. Sedih, entah kenapa. Terharu, entah keberapa kalinya. Teruja, terselit sama. Entah. Yang pasti maknanya syawal masih tak lari. Amat bermakna bila dapat menyambut syawal dengan insan-insan yg tersayang. Masih dapat mencium tangan dan pipi kedua orang tua. Terasa benar pipi dan tangan itu kian berkedut.  Alhamdulillah masih diberi waktu untuk menatap wajah keduanya. Lebih bermakna, diberi izin untuk mencium tangan suami. Saling memohon ampun dan memaafkan. Khilaf yg mungkin terkumpul cukup setahun? Dalam mengawal air mata, terasa ada getar dalam suara