Pengalaman Bersalin Czer: Senyuman Pertama
Baby mana? Baby?? Hati memberontak ingin melihat susuk itu. Bagaimana rupanya, suaranya. Baby..jeritku lagi. Tapi suara seakan disekat. Duniaku kabur. Aku nak tengok baby..tolonglah.. Jiwa ampuh merintih tanpa suara. Jiwa ampuh, kudrat lumpuh. ************************************ Awal pregnancy morning sickness teruk. Sehingga terpaksa unpaid leave 2 bulan. Nasib baik pihak syarikat memahami. Duniaku siang malam hanyalah terbaring di katil. Bangun cuma ke toilet. Itupun untuk muntah. Pernah jugak tak sempat ke toilet, berhamburan segala di tepi katil. Mujur suami tabah tolong bersihkan. Makanlah apa pun, minumlah apapun, semua ditolak keluar walaupun makanan tu paling aku teringin waktu tu. Perut kempis bagaikan tidak berisi. Dalam keseksaan itu, timbul rasa berputus asa. “Kalau tahu macam ni, tak nak lah” kejam bunyinya. Hujung bulan ke 3, gagahkan diri pergi klinik. Doktor scan. Scan yg ada sound. “Dub dab dub dab” Allahu, kedengaran detak jantung si kecil i...