Posts

Showing posts from 2014

Disini Hujungnya

Rabu, 31.12.2014 - Penutup. Terasa macam baru semalam tak dapat pergi kerja sebab Kuantan banjir. Padahal dah setahun berlalu. Terasa macam baru je 2 bulan lepas dapat angpow Gong Xi Fa Chai. 2 bulan lagi dah nak Gong Xi Fa Chai sekali lagi. Terjumpa dengan seseorang, bersalam, beramah mesra, hakikatnya aku tak ingat pun dia siapa. That awkward moment when people recognize you, but you dont. Dalam sedar tak sedar, terlalu banyak yang dikorbankan oleh mak dan ayah semata menginginkan anaknya ini bahagia.  Syukur, dikurniakan mak dan ayah yang mungkin tak dapat dirasai kasih sayangnya oleh anak-anak lain di dunia ini. Alhamdulillah berjaya mendapatkan sebuah rumah  dan duduk berhousematekan kesayangan-kesayangan ku, 5 ekor budak comel kesemuanya. :) Tak lupa jugak sebuah honda yang begitu daring mencommolot keretaku di susur Nilai-Pajam tempoh hari. Grrrrr! Setahun berlalu dengan penuh pahit manis. Walau ada hari-hari yang terlalu aku ingin ia tak pernah terjadi, ...
Image
Well said.. Congratulation both.

School of Art

Image
Ingat tak dulu zaman sekolah-sekolah, waktu hari anugerah atau penyampaian hadiah? Disiang hari, nama dipanggil sensorang dengan sedikit persembahan selingan oleh student. Ingat tak waktu sekolah dulu macam mana kita nyanyi lagu Negaraku diiringi muzik minus one? Ingat tak lagi betapa kaku dan hambarnya kita menyanyi lagu sekolah waktu perhimpunan segala? Semalam aku telah dibawa mengimbau zaman-zaman tu tapi dengan cara dan perasaan yang sebaliknya menerusi Majlis Anugerah Persada Mutiara Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur (SSeMKL). Nyanyian negaraku diiringi orkestra. Muzik Negaraku live ok. Bukan minus one. Persembahan tarian pembukaan tirai oleh Tingkah Tari Persembahan selingan - tarian tradisional Aku tak tau apa namanya tapi ada macam zapin sket. Zapin la kot. Persembahan teater muzikal dengan dendangan pelbagai lagu salah satunya lagu Hanya Aku (Hyperact) by vokalis sekolah . Suara buat orang jatuh cinta hewhew. Waktu ni ...

Birman: Four Legs Little Friend Part II

Image
Dah besar dah beliau ni.. Mungji. Female. Birman. 7 months. Snow shoes. Adopt dari umur beliau 2 months. (Throwback: Four Legs Little Friends ) "grrrrrrr...." Rindu beliau!

Tantrum: Pengalaman dan Pelajaran

Semalam. Sorang student yang cute. Umur 4 tahun. Bijak budaknya. Secara tiba-tiba telah mengamuk. Sekasar-kasarnya dia padam buku dia. Tak puas hati, dikoyaknye pulak buku tu. Mengamuk, menangis dan menjerit. Mak dia masuk (nasib baik maknye ada ditempat kejadian). He suppose to seat a test with regards to upgrade levels. Learning centre ni ada 32 levels. 1 level mengandungi 4 bab. Berjaya 1 level - seat test - upgrade level dan begitulah seterusnya. Tantrum or Temper Tantrum Sejenis luahan emosi kanak-kanak antara 0-6 tahun. Selalunya dikaitkan dengan kedegilan, menangis, menjerit, susah untuk ditenteramkan dan dalam sesetengah kes cenderung untuk mencederakan. Tantrum berlaku apabila kehendaknya tidak dipenuhi. Ini adalah salah satu bentuk mereka berkomunikasi kerana dalam usia ini, pengetahuan penggunaan bahasa dan perkataan masih terhad. Dan ini adalah normal sebagai salah satu tanda mereka sedang belajar berdikari. Bagaimana mengendalik...

a work from heart

Image
"Teacher..can you open the door for me?" - Yuan, 4 years old "Teacher, this is easy for me. Just mark it right." - Wan Sara, 8 years old "Teacher, can you help me with this equation?"- Aman, 5 years old Yuan, Wan Sara, Aman. They are one of my students. :) Apart from art, I love doing teaching. Alhamdulillah, I am now teaching pre school and primary school students. Age from 4 - 12 years old. Not really a school teacher la.. Let just say, a tutor. To be more specific, part time tutor. Hehe And suprised, I'm teaching math! Defuq math?? Ok funny.  I don't do math, but who knews I'm doing it now. Yes, I am teaching but yet I'm learning too! You know, math yang dulu bukan la math yang sekarang. Ha kau, bebudak sekarang sume hebat tahu. And some of them don't know how to speak malay at all. So sad. Hatta anak-anak melayu pun hebat speaking tahu. Maka bahasa kebangsaan disitu adalah inggelish.  L...

Menguntai Sesalan

Menyusuri di celah helaian resah Aku mencari makna sebuah ceritera Tentang cinta yang kau miliki Yang seandainya dulu aku ketahui Andainya dapatku kembalikan masa Pasti semuanya kan berbeda Takkan aku uraikan air matamu Kala tabir hitam menyelimut hati Waktu terasa deras berlalu Namun cukup perlahan menembusi sebuah keegoan Yang dulu ku dindingkan teguh Kini rekah dihirap kesalan Maafkan aku Aku tak mampu memenuhi yang kau pinta Aku tak bisa menghurai persoalanmu dulu Aku bodoh mentafsir hatimu Namun, Andai maaf ini tak ampuh menghilang khilaf Ku pasrahkan jiwa ini terus berlagu sesalan.. 
Hurt me with the TRUTH But never comfort me with a LIE

Siklus tiga purnama

“Tidak Dia datangkan ujian melainkan untuk hikmah..” Semangat melepuh mengalir lebur menjadi debuan   Tika dunia mentertawakan Saat cacian bagaikan hujan Waktu pandangan serong adalah teman Aku hanyalah satu zarah kecil di ruangan sebuah hatimu Saat titisan hujan terasa menghiris Begitu sulit mendefinisi rasa Sedangkan yang melepaskan adalah aku Terlalu banyak kejadian dalam tempoh waktu itu. Mulanya aku tak faham. Keras hati menunding jari kepada takdir. Mengeluh itu ini. Terfikir-fikir kenapa aku yang harus merasai. Jahilnya aku.. Walaupun aku tahu kini, takkan mungkin waktu terputar kembali aku redha dan bersyukur kerana jihadku masih belum sempurna, namun masih juga belum terlewatkan. 3 bulan sesingkat waktu ini aku menyayangi. Dikurniakan padaku satu cahaya cinta sebagai perantara yang mengajar aku banyak tentang Dia. 3 bulan sesingkat waktu ini aku kembali. Dia menjauhkan aku darimu agar aku kembali mengenal Ad-Deen. 3 bulan s...
Image

Khayalan Sebentar

Di bawah langit nan keperakkan Bersaksikan deruan ombak yang seirama hati Waktu ini, ingin rasanya aku terbang melayang  menatap mata yang  redup  memandang  Damai  mendengarkan kata nan puitis Serasa begitu dicintai selayakya..   Seakan terdengar petikan gitar Indah lembut menuai suasana Menghapus segala gundah tika malam tanpa bintang, tika siang tanpa terang. Ingin sekali aku hentikan waktu disini Agar dapat kupeluk erat keindahan rasa ini Rasa yang melengkap kesempurnaan waktu tika kau teruntukku Akan kubawa lari bahagia ini begitu jauh ke langit malam tanpa sempadan andai kutahu ia kan diambil pergi  Telah hujan malam itu menghapus tangisku Membawa pergi bersama jejakmu.. Aku tersenyum sendiri Terlalu indah cerita cinta itu walau hanya sesingkat kerlipan mata..

Perutusan Mimpi

Terjaga disaat bibir menyebutkan satu nama Terasa aneh. Serasanya telah begitu sepurnama tidur Penatnya seperti baru sudah melakukan satu perjalanan yang jauh Jam direnung. 2:59 pagi.. Nafas dihela, "astaghfirullahal'adzim.." Mata cuba dilelap kembali. Gagal. Fikiran kosong. Atau, sebenarnya sudah penat berfikir. Tak semena, bagaikan terdorong tubuh bingkas bangkit Langkah diatur diatas lantai yang sepertinya membeku Menyiram kesucian wuduk secara tertib Lantas, sejadah dibentang Menghamparkan kerinduan dan kesalan kepada Yang Maha Agung Melepaskan bebanan yang tersarat dalam niat sebuah tahajud Memohon dikurniakan ketenangan dan keikhlasan Agar bisa menjadi kuat lagi. Begitu indah dan lembut Dia mengingatkan tentang seperkara, "Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi deredhaiNya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu. Dan masuklah ke dalam syurgaKu." (Al-Fajr: Ayat 27-30)

to the past..

Image
Let us forget And forgive We're not great Our life's a gift. When we forgive It's a relief To give Off our sleeve As part of our belief.  ~Rb Salleh
Tuhan titipkan rasa pada kita untuk menangis Agar esok kita mampu menghiburkan orang yang bersedih. Mya Hanna, a friend.

....

aku pergi bukan kerana membenci aku mencari peluang untuk hidup. ku tahu, kan separuh mati merinduimu. pada mana harusku lafaz lagi. perginya aku demi menjaga hati yang tinggal cebisan. langkahku takkan terjejaki lagi demi kesempurnaan masa-masa indahmu. ampunkan aku dan fikiran sempitku, semoga 'keputusan' itu yang benar dalam pencarianmu. yang aku simpan hanya indah, yang aku simpan hanya ikhlas, yang aku simpan hanya maaf, Terima kasih untuk cinta ini. Tuhanku, temukan kami lagi di syurgaMu nanti..

..ratapan naluri

Bismillahirrahmanirrahim "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta..." (Al-Ankabut: Ayat 2 & 3) Ya Allah, Mengapa serasaku tak mampu menampung beratnya uijian dariMu? Sedang telah Engkau janjikan, "Sesungguhnya setiap kesukaran disertai kemudahan.." Ya Allah, Mengapa masih aku terluka menunggu jawapan dariMu? Sedang telah Engkau berpesan, "Sesungguhnya kami tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka yang mengubahnya.." Ya Allah, Telah lama aku nantikan. Tapi apakah Engkau datangkannya hanya sebagai ujian? Telah lama aku impikan, Ya Allah. Tapi apakah ia Engkau kurniakan hanya untuk sedetik cuma? Tuhanku, telah aku panjangkan doa...

Mengukir Keindahan Masa Lalu

waktu membawaku berlari begitu cepat, menarik paksa tubuhku yang telah ringkih... memaksaku untuk tetap menatap kedepan sembari menghela nafas berat.. masa lalu… ingin aku menolehnya walau untuk sebentar saja sekedar untukku menghilangkan dahaga kerinduanku akan masa-masa indah saat aku masih memiliki cinta saat ini sepertinya aku telah mati, rasaku hilang entah kemana… duka… bahagia… apapun namanya, semua bagiku sama tak ada lagi indah yang dulu selalu membuatku tersenyum kini semua merentas berhamburan dan sirna ditelan linangan air mata andainya aku mampu, aku ingin kembali kemasa itu, dimana ada senyum dan tawa Saat ini aku ingin rasaku kembali agar aku merasa hidup lagi, aku ingin hatiku utuh lagi sebagai mana dulu sebelum aku mengenal cinta. ~Kinanti Mutiara Hati~   renungan1jiwa

Kehilangan Harapan

Telah kau pasakkan satu halangan Menjadikan kita terpisah, terseksa Jauh kau melangkah pergi Meninggalkan impian dan anganan "Sanggupkah wahai hati?" Masih tetap sunyi tanpa kepastian Terburuk keseorangan Khilaf menyalahkan takdir dan keadaan. Cuba menggapai pautan dari si sa kekuatan Mencari kekurangan diri, memikirkan kesalahan sendiri. Telah hati kau peluk erat dibawa pergi hingga tiada tinggal apapun. Ingin sekali aku mengejar tapi kau hanya bayang. Andainya mampu ku d aki pelangi, Akan kusiram cinta ini dengan warnanya. Andainya dapat ku putar lautan, Akan aku benamkan setiap halangan kedasarnya. Atau apakah keputusan yang salah  membawa ke tempat yang betul. Atau apakah ia hanya kebetulan yang salah..
Image
Image
"Jangan cuba ambil tahu tentang masa depan, sesuatu yang belum terjadi.  Mungkin kita rasa kita takkan mampu menanggung sesuatu beban, tapi bila sampai masanya, rupanya kita lebih dari mampu. Kerana setiap sesuatu yang terjadi telah ditetapkan oleh Allah. Hanya Dia yang Maha Mengetahui kemampuan seorang hamba dan Dialah jua yang Maha Mengetahui setiap sesuatu yang baik untuk hambaNya." Puan Nor Hayati

Leaving.

Sailing with a dinghy, Along this midst ocean, Under the darkest sky. Waiting a storm to rage on. Can't find any land, neither way to turn back. Floating nowhere. All alone.  With only fractured oars and a hard try. Crying lungs out loud. Nobody heard. Begging for an angel. To take my hand, to lead my way. Now and forever, Together we find our own way back. Together we find the sun. I just can't go on all by my own..

Fadilat mengamalkan Surah At-Taubah ayat 128-129

Image
Maksud ayat 128: Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad S.A.W.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Maksud ayat 129: Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai 'Arasy yang besar. Fadilatnya ayat ini dibaca sebanyak 7 kali sesudah solat, dengan izin Allah: * Jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat. * Jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia. * Jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapat pertolongan. * Jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan. * Jika d...

Tatkala Menyambut Kelahiran di Hospital Gomen

Image
Ternampak gambar surat ni yg di share di fb seorang sahabat. Sangat membantu untuk masa hadapan. Kredit to empunya surat, Khairunnisa Hamzah (fb) Permohonan Doktor dan Jururawat Wanita untuk Menyambut Kelahiran Pehal plak doktor laki ramai dalam bidang ni ye? Hmm... nothing but wondering.

Fragile..

If only I could begin a new pray. If only I could chasing a rainbow, shooing away a cloud. You don't know, so many things I wanted to do. How can i'd be okay. Rains are falling, I'm lying in broken. I don't know the simplest answer. I can't find the simplest way. Can't you see in my eyes the pain inside. You are here but seems thousand miles apart. How your decision had taken my breath away.. I don't mind if I have to dance on a cliff, Just to get you in my arms. I don't care if my whole world could shatter, If only losing you is the matter.