Hurt me with the TRUTH But never comfort me with a LIE
Posts
Showing posts from October, 2014
Siklus tiga purnama
“Tidak Dia datangkan ujian melainkan untuk hikmah..” Semangat melepuh mengalir lebur menjadi debuan Tika dunia mentertawakan Saat cacian bagaikan hujan Waktu pandangan serong adalah teman Aku hanyalah satu zarah kecil di ruangan sebuah hatimu Saat titisan hujan terasa menghiris Begitu sulit mendefinisi rasa Sedangkan yang melepaskan adalah aku Terlalu banyak kejadian dalam tempoh waktu itu. Mulanya aku tak faham. Keras hati menunding jari kepada takdir. Mengeluh itu ini. Terfikir-fikir kenapa aku yang harus merasai. Jahilnya aku.. Walaupun aku tahu kini, takkan mungkin waktu terputar kembali aku redha dan bersyukur kerana jihadku masih belum sempurna, namun masih juga belum terlewatkan. 3 bulan sesingkat waktu ini aku menyayangi. Dikurniakan padaku satu cahaya cinta sebagai perantara yang mengajar aku banyak tentang Dia. 3 bulan sesingkat waktu ini aku kembali. Dia menjauhkan aku darimu agar aku kembali mengenal Ad-Deen. 3 bulan s...
Khayalan Sebentar
Di bawah langit nan keperakkan Bersaksikan deruan ombak yang seirama hati Waktu ini, ingin rasanya aku terbang melayang menatap mata yang redup memandang Damai mendengarkan kata nan puitis Serasa begitu dicintai selayakya.. Seakan terdengar petikan gitar Indah lembut menuai suasana Menghapus segala gundah tika malam tanpa bintang, tika siang tanpa terang. Ingin sekali aku hentikan waktu disini Agar dapat kupeluk erat keindahan rasa ini Rasa yang melengkap kesempurnaan waktu tika kau teruntukku Akan kubawa lari bahagia ini begitu jauh ke langit malam tanpa sempadan andai kutahu ia kan diambil pergi Telah hujan malam itu menghapus tangisku Membawa pergi bersama jejakmu.. Aku tersenyum sendiri Terlalu indah cerita cinta itu walau hanya sesingkat kerlipan mata..
Perutusan Mimpi
Terjaga disaat bibir menyebutkan satu nama Terasa aneh. Serasanya telah begitu sepurnama tidur Penatnya seperti baru sudah melakukan satu perjalanan yang jauh Jam direnung. 2:59 pagi.. Nafas dihela, "astaghfirullahal'adzim.." Mata cuba dilelap kembali. Gagal. Fikiran kosong. Atau, sebenarnya sudah penat berfikir. Tak semena, bagaikan terdorong tubuh bingkas bangkit Langkah diatur diatas lantai yang sepertinya membeku Menyiram kesucian wuduk secara tertib Lantas, sejadah dibentang Menghamparkan kerinduan dan kesalan kepada Yang Maha Agung Melepaskan bebanan yang tersarat dalam niat sebuah tahajud Memohon dikurniakan ketenangan dan keikhlasan Agar bisa menjadi kuat lagi. Begitu indah dan lembut Dia mengingatkan tentang seperkara, "Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi deredhaiNya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu. Dan masuklah ke dalam syurgaKu." (Al-Fajr: Ayat 27-30)
....
aku pergi bukan kerana membenci aku mencari peluang untuk hidup. ku tahu, kan separuh mati merinduimu. pada mana harusku lafaz lagi. perginya aku demi menjaga hati yang tinggal cebisan. langkahku takkan terjejaki lagi demi kesempurnaan masa-masa indahmu. ampunkan aku dan fikiran sempitku, semoga 'keputusan' itu yang benar dalam pencarianmu. yang aku simpan hanya indah, yang aku simpan hanya ikhlas, yang aku simpan hanya maaf, Terima kasih untuk cinta ini. Tuhanku, temukan kami lagi di syurgaMu nanti..