Terima kasih kepada mak dan ayah. Terima kasih Allah kerana menjadikan kami anak kepada ibu bapa yang hebat. Walau tak semua yang kami inginkan kami dapat tapi semua yang kami perlukan sentiasa cukup. Walau tak semewah mana kami tahu mak dan ayah sudah cukup bersusah payah agar kami tak rasa kurang. Syukur.. kerana bukan kami bayi bertali pusat yang dibuang di tepian jalan malah dilimpahkan pula dengan perhatian, kasih sayang dan perlindungan yang tak terbandingkan. Kini kami faham akan kesusahan dan kepayahan mak dan ayah demi menjadikan kami seorang insan. Walau seabad pun kami cuba membalas, t akkan tersamakan dengan jasa kalian seumur ini. Ya Allah, berikanlah mereka peluang untuk merasai kelapangan dan kesenangan diduniaMu ini. Sesungguhnya merekalah ibu dan bapa yang telah lama bersusah payah demi mencorak baik kain putih amanahMu. Terima kasih mak dan ayah.. --------------------------------------------------------------------------------------- This h...