2015 is finally wrapped up.. Amiin :)
Posts
Showing posts from December, 2015
Gubahan Coklat Hantaran: Gubahan Ferrero Rocher
Bahan-bahan: Ferrero Rocher (pack of 30) Hershey's Nuggets (340g x 2packs) Hershey's Kisses (311g x 2packs) Kertas tisu putih & biru (pembalut jambangan bunga) Gabus bulat (boleh beli yg dah siap atau bentukkan sendiri) Span bunga Lidi sate Dawai halus Clear plastic wrapper Pita pembalut lidi (hijau/putih) Gam tembak Bunga Carnations Bunga Hydrangea Langkah-langkah: 1. Susun dan lekatkan hershey's nuggets atas gabus bulat. Lekat guna gam lilin Selang-selikan gold & silver (kalau ada). 2. Hasil dia jadi tower macam ni. Dapat 8 rows x 8 nuggets . Gabus cuma kat bawah je, jadi dalam tu kosong. Tuang hershey's kisses dalam tower sampai penuh. 3. Gamkan lidi bawah cup ferrero. Step ni lama sikit sebab kena tunggu gam kering. Bila gam kering dia akan jadi kukuh dan takkan tercabut. Gam banyak sikit ye. 4. Potong kertas tisu biru jadi segi empat sama. Lepastu lipat jadi segi 3. Bal...
Aku terima nikahnya...
Alhamdulillah dengan sekali lafaz, aku kini isterinya.. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar pada doa-doa, memintalah.. Sesungguhnya Dia Maha Mengasihi, bertawakallah.. Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana mengurniakan kami rezeki cuaca yang baik, makanan yang sedap dan cukup untuk semua tetamu serta umur dan kesihatan yang baik untuk mak dan ayah kami agar dapat sama-sama merestui majlis penuh barakah ini. Terima kasih kepada mak dan ayah yang paling berusaha, saudara-mara yang membantu kelancaran majlis serta kesudian sahabat-sahabat yang lama tak jumpa untuk hadir meraikan. Semoga doa-doa kalian menjadi asbab kebaikan untuk kami memulakan sebuah perjalan, InsyaAllah.. :: F&N DecemberToRemember