Posts

Showing posts from December, 2016

Pendosa Tanpa Noktah

Hujan mencurah lebat di luar tingkap. Jelas dapat ku lihat curahan rintiknya dari meja kerjaku menerusi jendela yg besar. Titis-titis hujan yg berbintik di cermin tingkap dapat kutangkap jernihnya namun tak dapat kubilang jumlahnya. Beribu. Dedaunan pohon diluar menunduk kebasahan. Bangunan tinggi di seberang kian sayup lihatnya. Pandangan kubiarkan tembus mencari wajah-wajah yang ku rindu. Satu persatu menerpa. Sayu sedihku bertandang seiring hadirnya wajah-wajah itu. Banyak salahku yg tidak tertebus. Ada yang aku kecewakan. Ada yang berkecil hati. Ada yang memaksa diri asalkan aku puas hati. Malah ada yang pernah menangis. Ingin sekali rasaku berlari kearah mereka. Mendakap dan mencium pipi mereka. Agar mereka rasa betapa ingin aku memohon ampun. Terkadang salah yang sama masih berulang. Walhal telah cuba ku kawal. Tabiat mungkin. Laku ku teserlah tanpa kusedar. Ingin sekali aku memohon maaf. Tapi entah mengapa ucapan maaf begitu sukar untuk diungkap. Takut mungkin. Malu pun ya. Kala...

Bersalin Caesar (Czer): Suntikan Heparin

Image
Hari ke 2, datang seorang nurse dengan apron plastic menolak troli ubat-ubatan berjalan kearah ku. Lantas menarik kerusi disebelah katilku dan melabuhkan punggungnya disitu. “Puan, harini saya nak cucuk pencair darah.” Sambil mengeluarkan sebotol kecil cecair bersaiz panjang ibu jari yg bertulis ‘Heparin’. Aku feedback positif. Dia adalah nurse faveretku memandangkan skill menyuntiknya adalah sangat pro. Tak sakit. Malah tak terasa apa pun. Dialah yg berjaya mencabut branula kat tanganku semalam tanpa rasa sakit sikit pun. Pendek kata, jarum tu adalah bestfrennya. “Selepas bersalin secara pembedahan, kita akan bagi suntikan ni untuk mengelakkan pembentukan darah beku. Darah beku ini adalah bahaya jika memasuki jantung. Patient akan collapse/pengsan/koma atau terus meninggal.” Sambungnya. Serius. “Dah banyak yang berlaku ye puan.” Aku mengangguk tanda faham. “Suntikan ini perlu diambil 2 kali sehari dengan jarak 12 jam setiap satu suntikan selama 10 hari. Ini bermakna total a...

Garapan Jiwa Seorang Isteri

Suamiku.. Ingin selalu kutuliskan untukmu Untaian puitis dari jiwaku Yang selalu bermula dengan keihklasan Diisi penuh kejujuran Dan dinoktahkan dengan keredhaan Agar bisa kau merasa cinta tanpa ungkapan Persembahan dari sanubariku yang terdalam Kerana hanya dengan itu Aku bisa bersujud patuh memujaNya Suamiku.. Yang kudambakan hanya sederhana darimu Agar kau tak merasa bebanan dunia Sebab apalah erti kemewahan yang gemerlap Jika hanya akan mendekatkan jiwaku pada kehidupan fana Bersamamu, suamiku.. Aku bisa menghirup hari dengan kekayaan cinta Cita-cita yang cukup untuk aku Sehingga tak terasa kurang apapun Wahai suamiku.. Maafi khilaf sedar dan tidak sedarku Kerna ku hanya hambaNya yang lemah Hanya mampu merasa dan berfikir singkat Walau hakikatnya aku bersyukur dianugerahkan dikau padaku Lantaran kebahagian yang kau berikan padaku Sentiasa menjadi cahaya kiblatku Dalam mencari redhaNya Dan memalingkanku dari kehidupan yang hanya seke...

Pengalaman Bersalin Caesar (Czer) di Hospital Sungai Buloh

Image
Catatan ini adalah pengalaman aku sendiri untuk mereka yg tak pernah bersalin di Hospital Sg Buloh dan bercadang nak ke situ. Serta, disebabkan aku lahir anak pertama tertanya-tanya macam mana proses nak ke labour room tu, jadi aku kongsikan ini untuk ibu-ibu yg bakal melahirkan anak pertama. Semoga dapat sedikit pencerahan. Pendaftaran Unit bersalin seperti hospital-hospital lainnya, terletak sebelah EMERGENCY. Agak-agak tak tahu mana nak pergi, terus la pergi ke bahagian emergency. Confirm unit bersalin disitu. Mula-mula sampai macam biasa la perlu register. Tunjukkan buku pink dan isi form yg perlu. Mereka akan tanya kenapa datang. Cerita la dah turun tanda ke dah sakit ke. Jadi, proses register akan bergantung pada keadaan ibu. Ada form perlu di sign oleh suami jugak. Jadi, lepas cari parking laju-laju la suami ke kaunter tadi ye. Selepas selesai register, ibu boleh masuk ke dalam melalui pintu sebelah kiri. Ibu sahaja yg boleh masuk. Suami tidak dibenarkan. Para suami bol...

Pengalaman Bersalin Czer: Senyuman Pertama

Image
Baby mana? Baby?? Hati memberontak ingin melihat susuk itu. Bagaimana rupanya, suaranya. Baby..jeritku lagi. Tapi suara seakan disekat. Duniaku kabur. Aku nak tengok baby..tolonglah.. Jiwa ampuh merintih tanpa suara. Jiwa ampuh, kudrat lumpuh. ************************************  Awal pregnancy morning sickness teruk. Sehingga terpaksa unpaid leave 2 bulan. Nasib baik pihak syarikat memahami. Duniaku siang malam hanyalah terbaring di katil. Bangun cuma ke toilet. Itupun untuk muntah. Pernah jugak tak sempat ke toilet, berhamburan segala di tepi katil. Mujur suami tabah tolong bersihkan. Makanlah apa pun, minumlah apapun, semua ditolak keluar walaupun makanan tu paling aku teringin waktu tu. Perut kempis bagaikan tidak berisi. Dalam keseksaan itu, timbul rasa berputus asa. “Kalau tahu macam ni, tak nak lah” kejam bunyinya. Hujung bulan ke 3, gagahkan diri pergi klinik. Doktor scan. Scan yg ada sound. “Dub dab dub dab” Allahu, kedengaran detak jantung si kecil i...