Posts

Image
have courage and be kind

Yang Terhebat

Terima kasih kepada mak dan ayah. Terima kasih Allah kerana menjadikan kami anak kepada ibu bapa yang hebat.  Walau tak semua yang kami inginkan kami dapat tapi semua yang kami perlukan sentiasa cukup. Walau tak semewah mana kami tahu mak dan ayah sudah cukup bersusah payah agar kami tak rasa kurang.  Syukur.. kerana bukan kami bayi bertali pusat yang dibuang di tepian jalan malah dilimpahkan pula dengan perhatian, kasih sayang dan perlindungan yang tak terbandingkan. Kini kami faham akan kesusahan dan kepayahan mak dan ayah demi menjadikan kami seorang insan. Walau seabad pun kami cuba membalas, t akkan tersamakan dengan jasa kalian seumur ini.  Ya Allah, berikanlah mereka peluang untuk merasai kelapangan dan kesenangan diduniaMu ini. Sesungguhnya merekalah ibu dan bapa yang telah lama bersusah payah demi mencorak baik kain putih amanahMu. Terima kasih mak dan ayah.. --------------------------------------------------------------------------------------- This h...

Concern vs Busy Body

"Mereka diliputi kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia dan mereka kembali mendapat kemurkaan dari Allah dan mereka diliputi kerendahan. yang demikian itu karena mereka kafir kepada ayat-ayat Allah dan membunuh Para Nabi tanpa alasan yang benar. yang demikian itu disebabkan mereka durhaka dan melampaui batas." [Al-Imran:112] Yang mana 1 adalah kita.. Concern: 1. Ambil tahu 2. Mendengar dengan ikhlas 3. Beri pendapat bila diperlukan 4. Sentiasa menyokong walau dari belakang 5. Simpan sebagai rahsia bersama Busy Body: 1. Ambil tahu 2. Mendengar dengan tekun 3. Beri pendapat sewenang-wenangnya tanpa diminta 4. Menjadikannya sebagai bahan umpatan 5. Hebohkan pada masyarakat Hablum Minallah itu priority. Hablum Minannas itu tuntutanNya. Biar seimbang. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak laku membinasakan..

Kuncinya..

Image
Fainna ma a'l u'sriusraa. Inna ma a'l u'sriusraa. Kerana sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan. [Al-Insyirah:5-6] Walau datang kesakitan terdalam  Walau kaki pernah tertusuk duri Walau sepotong ayat mampu menitip tangis Walau ada peri yang kerap menyinggung Dia datangkan ketenangan sesudah kekusutan Dia usulkan pelangi selepas hujan Dia utuskan senyum sesudah air mata Dia yang selalu memberi peluang kepada  hambaNya ini  untuk menjadi yang terbaik dan kuncinya, Sabar..
Tak sengaja pautan ini rapuh Tak sangka kan begini sakitnya jatuh Benar aku diam Tapi diamku tak bermakna aku buta Dan benar aku tersenyum Tapi senyumku tak bermakna aku rela Terluahnya satu kekesalan disini, disudut yang terpaling dalam, yang terguris atas helaian hamparan yang terlalu nipis. Takkan kuulang lagi kesilapan itu dan tak akan sesekali aku membenci. Takkan..

Ciptaan Terindah

Image
Ingin sekali aku beritahu pada langit betapa namamu indah.. Ingin sekali aku ceritakan pada bintang betapa senyumanmu memikat.. Ingin juga aku perihalkan pada taman wangian kasih mekar ada padamu.. Disini aku bahgia didakapi pelangi.. Yang dulu selalu aku nanti, Kini hadir mewarna kedamaian waktu.. Mententeramkan guruh dilangit Dengan pandanganmu yang redup Menggugurkan dedaunan Dengan wajahmu yang jernih Cukuplah sekadar memandangmu selintas, Mentari lantas menyinar indah nian.. Cukuplah walau hanya terdengar suaramu sesaat, Burung turut sama bernyanyi riang.. Jujur ku akui.. tidak semua perlu sempurna untuk merasa bahagia dan bahagia itu masih aku rasai biar hanya bertemu mu dalam mimpi.. Terima kasih Allah Kerana meminjamkanku ciptaan terindahMu.. Terima kasih cinta Kerana selalu menyempurnakan aku..

Cinta Tak Bersyarat

Datanglah kau padaku Dalam apa keadaan pun, Rasaku masih sama.. Hampirilah aku Bilamanapun kau sedia, Aku sentiasa menunggu.. Percayalah aku.. Kekuranganmu itu satu kelebihan bagiku.. Kelebihanmu, satu kesyukuran untukku Percayalah.. Ingat satu, Cintaku cintanya tanpa syarat Hanya saja kau tahu cinta ini teruntukmu Sayang, Maafkan kurang lebihku.. Takkan mampu kupetik bintang dilangit untukmu Mampuku itu hanyalah menjadi milikmu seorang..