Catatan ini adalah pengalaman aku sendiri untuk mereka yg tak pernah bersalin di Hospital Sg Buloh dan bercadang nak ke situ. Serta, disebabkan aku lahir anak pertama tertanya-tanya macam mana proses nak ke labour room tu, jadi aku kongsikan ini untuk ibu-ibu yg bakal melahirkan anak pertama. Semoga dapat sedikit pencerahan. Pendaftaran Unit bersalin seperti hospital-hospital lainnya, terletak sebelah EMERGENCY. Agak-agak tak tahu mana nak pergi, terus la pergi ke bahagian emergency. Confirm unit bersalin disitu. Mula-mula sampai macam biasa la perlu register. Tunjukkan buku pink dan isi form yg perlu. Mereka akan tanya kenapa datang. Cerita la dah turun tanda ke dah sakit ke. Jadi, proses register akan bergantung pada keadaan ibu. Ada form perlu di sign oleh suami jugak. Jadi, lepas cari parking laju-laju la suami ke kaunter tadi ye. Selepas selesai register, ibu boleh masuk ke dalam melalui pintu sebelah kiri. Ibu sahaja yg boleh masuk. Suami tidak dibenarkan. Para suami bol...
Hari ke 2, datang seorang nurse dengan apron plastic menolak troli ubat-ubatan berjalan kearah ku. Lantas menarik kerusi disebelah katilku dan melabuhkan punggungnya disitu. “Puan, harini saya nak cucuk pencair darah.” Sambil mengeluarkan sebotol kecil cecair bersaiz panjang ibu jari yg bertulis ‘Heparin’. Aku feedback positif. Dia adalah nurse faveretku memandangkan skill menyuntiknya adalah sangat pro. Tak sakit. Malah tak terasa apa pun. Dialah yg berjaya mencabut branula kat tanganku semalam tanpa rasa sakit sikit pun. Pendek kata, jarum tu adalah bestfrennya. “Selepas bersalin secara pembedahan, kita akan bagi suntikan ni untuk mengelakkan pembentukan darah beku. Darah beku ini adalah bahaya jika memasuki jantung. Patient akan collapse/pengsan/koma atau terus meninggal.” Sambungnya. Serius. “Dah banyak yang berlaku ye puan.” Aku mengangguk tanda faham. “Suntikan ini perlu diambil 2 kali sehari dengan jarak 12 jam setiap satu suntikan selama 10 hari. Ini bermakna total a...
"Sy rasa boy! Eh, mcm girl la plak. Eh, emm.. Ok sy tak berani nak confirm" "Im not sure. I can say 60% is a boy but cannot confirm." "I think it's a girl..because I dont see any sign of 'bird'. I think it's probably girl. Probably. I cannot confirm." That was the 6th time ultrasound.. Dah 6 kali scan pun still xtau jantina. Not even once. Yang kedua ni betul-betul nak surprise mama ke apa. . Alhamdulillah tanggal 3/11/17, berkumandanglah suara tangisan baby yg penuh energetic kuatnya. Selesai dia dibersihkan, sementara aku sedang dijahit, doctor yang mendukung bayiku segera meletakkannya diatas dadaku. Skin to skin. Automatik tangisan lantangnya tadi hilang. “Oh dia kenal bau mak dia ni. Tu pasal terus senyap” ujar doctor. Kucium pipi dan dahinya yang putih bersih itu. Wangi. Wangiannya lembut dan menenangkan. Bukan bau perfume, bukan bau sabun. Wangian yg tak pernah aku bau selama kehidupan ini. Entah kenapa, dia tenang aku...