tinggalan terakhir

"Allah Huakbar Allah Huakbar Allah Huakbar
Laa illaha il Allah wa Allah Huakbar
Allah Huakbar walillahil Hamd"

sayup-sayup je suara nenek bertakbir raya subuh hari.

sorang-sorang dlm bilik.
walaupun tak pernah aku dengar mcm tu, mungkin itu cara nenek memulakan raya nya.
masuk raya ke2, selalu nenek dah start pose enam. tak pernah tinggal.
itu dah jadi rutin wajib dia bila tiba hari raya.
tapi kali ni, tak.
bila ditanya, nak sambut raya, makan sama2 dgn anak cucu.. nanti bila semua dah balik baru dia nak puasa.. katanya.
nenek aku jawa. memng bahasa jawanye pekat. nak suh ckp melayu tu blh tapi tak fluent.
tapi raya tu dia mintak tolong aku isi kuih dlm balang, sedaya upaya dia ckp melayu. takpe, aku still fhm.. kitorang isi sama2 sambil dia tanya mcm2, aku jawab sambil cuba fhm ayatnye.
masa nak balik, seboleh2 dia suruh semua stay. duduk dgn dia, teman dia..
tapi semua ade komitmen. keje, study. maafkan kami..
kejap sgt rase tangan dia salam aku, peluk aku.
terasa berat hati nak tinggal. rupa-rupanya, itu raya terakhir kami bersama-sama. tak siapa sangka.
sekarang, dah lebih 40 hari nenek pergi.
tinggalkan kami dlm kerinduan.
ade org, tak kisah sgt nenek 'pergi'. tak sama perasaannye mcm mak ayah yg 'pergi'
tapi tak kami sebab kami rapat. dia memang rapat dgn semua cucu dia.
sampaikan ade anak mahupun cucu dia meninggal, dialah peneman hingga ke saat akhir, ajar mengucap.
tapi bila tiba masa dia, takde sorang pun anak dia yg sempat sampai. padahal dia harap sgt.
mungkin nak tinggal pesan. semua terkilan.
yg lebih terkilan lagi, masa nak kebumi family aku lah yg sampai plg akhir. mana taknye, mak ayh aku paling jauh. 
sampai2 je jenazah dah bawak naik van.
bayangkan, tak sempat cium dia pun. terkilan sangat..
tetap, kami follow sampai ke kubur. kat kubur, sebelum kebumi, semua bagi laluan kat kitorang utk tgk kali terakhir.
mak, selaku anak kedua last, lagilah sedih.
mak pegang pipi dia, tgn dia yg dah dikiamkan, dan kami, tipu lah kalau tak nangis.
iye, kami nangis kat kubur walaupun tak melebih. sebab masih perlu menjaga adab dgn jenazah.
cuma, aku terkilan sgt tak dapat cium dia.
aku rindu nak dengar dia bising panggil sorang-sorang suruh makan.
rindu nak dengar dia bebel kitorang sepahkan bilik dia.
balik kampung, masuk bilik dia, tengok katil dia, aku rindu.
nampak kain telekung yg selalu dia pakai, aku rindu.
bukak almari dia, tengok barang-barang dia, aku rindu.
aku rindu dia.. 
kadang-kadang rasa tak percaya dia pergi.
rasanye macam baru semalam kite borak-borak.
walaupun aku sedar dia dah takde, aku tetap tak rasa kehilangan. sentiasa rasa dia dekat je.
dan semua pun rasa mende yg sama.
tiap kali aku teringat dia je, cepat2 aku sedekah al-fatihah.
"Ya Allah, Engkau tempatkan lah dia dalam kalangan orang-orang yg baik, yg beramal soleh. Sesungguhnya dia seorang yg sangat baik.." 
nenek, insyaallah kita jumpa kat sana satu hari nanti ye.
kerana mati itu pasti. hidup, insyaallah.
wallahualam..
 

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Caesar (Czer) di Hospital Sungai Buloh

Bersalin Caesar (Czer): Suntikan Heparin

Pengalaman Bersalin Czer Kali Kedua: Kuasa Naluri Seorang Ibu