kerna ku sayang kamu
dan tak mungkin lagi yang terbaik.
pasti. kerana kasarnya bicara.
sungguh, tidak tegar untuk merelakan jika hanya pada plastiknya jiwa.
tidak ku berkiblatkan nawaitu rakus.
tiada niat untuk menjauh.
hanya takut kan terluka lagi.
pada jawapan pahit yg keterlaluan mendekat,
aku paranoid sendiri.
yang sebenar,
bertemu kamu itu kesempatan yg terindah.
sungguh, kamu yg terbaik.
dan mencintai ketidaksempurnaanmu itu pilihanku.
begitupun, panjangnya titian dilema ini begitu melukakan.
tidak pula ia menyebelahi kemahuanku. tak mengapa.
andai derita merinduimu itu sebenarnya bahgia,
aku pilih derita merindukanmu.