Titik Mula
Prolog..
Pada ketika kekeliruan dan ketidakpastian begitu menekan..
Kau hadir menjengah fikiran.
Tersentak.
Seteringatku, kau seorang yg naif. buta. bisu.
Nah. Kerana tak suka, aku judge dari kejauhan pandangan.
Namun, akal sedar tetap sengaja membiarkan.
Mungkin dia jawapannya, bisik hati.
Tersenyum..
*****************************
Kerap kali dia yg tak aku inginkan menerjah.
Sungguh elok susuknya menempah tempat tepat diretina.
Memaksa neuron-neuron otak menerima kewujudannya.
Sedang hati yg merah menolak.
Andainya tika itu bibir keras menyokong perasaan hati, mungkin bebanan itu takkan pernah berani mendekat.
Namun, bibir dan hati tidak pernah sependapat waima di bawah kepunyaan yg sama.
Mengeluh.
Untuk dia.
Kau patut sedar.
Jangan terlalu mendambakan mahkota andai tak mampu menampung beratnya.
Kepada kau.
Terima kasih.
Indahnya hanya aku yg tahu walau hadirnya engkau sebegini lewat.
Pengakhiran..
Andai diberi peluang untuk mengundurkan masa,
dari mana kita mahu ianya bermula....