Posts

Showing posts from June, 2014

Dia Seorang Pelindung

Dia yang mengajar aku membaca buat pertama kali. Dibelikan buku-buku cerita dongeng dan kisah para anbia yang meruntun jiwa. Dia yang mengajar aku melukis dan mewarna buat pertama kali. Dibelikan buku-buku warna dan pensil warna yang menarik. Dia yang mengajar aku berjalan buat pertama kali. Dipegang erat tanganku agar tidak tersadung ketika memulakan langkah pertama. Dia juga yang mengajar aku mengayuh basikal buat pertama kali. Dipegang erat basikalku agar aku tidak terjatuh dan tercerdera. Dan dia jugalah yang mengajar aku memandu kereta buat pertama kali. Meletakkan kepercayaan untukku belajar menggunakan kereta kesayangannya. Dialah hensemku, heroku, idolaku. Dia, Ayahku.. ************************************************************************************ -Pusat beli-belah Mydin, 1995- Seorang budak perempuan. Umur lebih kurang 5 tahun. Lama berdiri dihadapan satu rak alat tulis. Merenung deretan pensil warna pelbagai saiz dan jenama. Merenung lama tidak...