Dia Seorang Pelindung


Dia yang mengajar aku membaca buat pertama kali.
Dibelikan buku-buku cerita dongeng dan kisah para anbia yang meruntun jiwa.

Dia yang mengajar aku melukis dan mewarna buat pertama kali.

Dibelikan buku-buku warna dan pensil warna yang menarik.

Dia yang mengajar aku berjalan buat pertama kali.

Dipegang erat tanganku agar tidak tersadung ketika memulakan langkah pertama.

Dia juga yang mengajar aku mengayuh basikal buat pertama kali.

Dipegang erat basikalku agar aku tidak terjatuh dan tercerdera.

Dan dia jugalah yang mengajar aku memandu kereta buat pertama kali.

Meletakkan kepercayaan untukku belajar menggunakan kereta kesayangannya.

Dialah hensemku, heroku, idolaku.
Dia, Ayahku..

************************************************************************************
-Pusat beli-belah Mydin, 1995-

Seorang budak perempuan.

Umur lebih kurang 5 tahun.
Lama berdiri dihadapan satu rak alat tulis.
Merenung deretan pensil warna pelbagai saiz dan jenama.
Merenung lama tidak berkutik sedikit pun.
Tersentak disapa seorang lelaki 30 an.
"Angah nak pensil warna ke?" Tanya lelaki tu pada budak perempuan tersebut.
Si anak hanya merenung tanpa kata.
Melihat si anak tak menjawab, lelaki tu menyambung,
"Amik la satu. Pakai elok-elok, cermat-cermat. Ayah nak awak dapat ape yang ayah tak pernah dapat dulu......"

Terimbas kenangan lalu, kata-kata ayah padaku.

Yang takkan pernah ku lupa walau waktu itu aku hanya budak perempuan berusia 5 tahun.



Selamat Hari Bapa untuk Ayah
and
Happy Fathers Day to all awesome and great dad all over the world..

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Caesar (Czer) di Hospital Sungai Buloh

Bersalin Caesar (Czer): Suntikan Heparin

Pengalaman Bersalin Czer Kali Kedua: Kuasa Naluri Seorang Ibu