Surat untuk bakal suami
Assalamualaikum wahai bakal suamiku.. Tertulisnya warkah ini tepat jam 4.17 pagi, bertarikh 24/11/2015, bukan sekadar mengisi waktu atau kerana tidur terganggu tetapi untuk berkongsi rasa dan ku tulis warkah ini dari hati moga ia menjadi lakaran permulaan yang indah buat kita. Wahai bakal suamiku.. apa khabar? Aku harap kau sentiasa berkeadaan baik dan sihat walafiat tidak kira dimanapun kau berada. Semoga setiap jalan yang kau lalui, pekerjaan yang kau lakukan dan hari-hari yang kau tempuhi sentiasa berada dalam rahmat dan redha Allah yang tidak terhingga. Aku mendoakan segala kebaikan sentiasa disisimu. Amin. Wahai bakal suamiku.. Pertamanya aku ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup ini dan sudi menjadikan aku suri hatimu. Terlalu syukur kurasakan sewaktu engkau melamarku sehingga mengalir air mata ini tidak terasa. Sesungguhnya telah lama aku nantikan kehadiranmu, seorang insan yang berani menyatakan hasrat untuk menghalalkanku dan seorang yang ...