Trip to Langkawi : Day 1 (1/1/2016) Part I
Tiket Feri - Parking Jeti Kuala Kedah - Homestay - Kereta Sewa
1. Feri Kuala Kedah-Langkawi
Gigih bertolak pukul 4pagi sebab takut jem memandangkan cuti new year.
Tiket feri ada 2 options.
Boleh beli on the spot kat terminal ataupun beli online siap-siap. Aku beli online siap-siap seminggu sebelum bertolak lepas terbaca berita tiket feri habis mase Krismas tu haha.
Amik pukul 9.30 pagi lepas tambah tolak jem, estimate sampai pukul 8.30. Sekali tersampai 2 jam awal. Kekeke. Ok la biar awal jangan lambat. Sedapkan hati sendiri.
Harga tiket Kuala Kedah-Langkawi RM23 x 2 (pergi balik) = RM46 seorang. Boleh jugak kalau nak beli untuk sehala je. Aku beli terus 2 way sebab nanti dah tak payah beratur beli tiket. Kalau depart dari Kuala Perlis murah sikit. Untuk harga, masa perjalanan & nak book boleh tengok kat sini ye. Tiket Feri Langkawi Online. Beli online ni kena isi form nama & ic penumpang. Dah siap semua nanti dia akan email kita summary dan tiket. Taknak tunggu email pn takpe, boleh print je trus dari website tu lepas beli. Print semua, yg summary 1st page tu kena simpan senang bila nak balik nanti bagi kat kastam yg tu je jadi tak payah kena soal banyak.
Macam ni rupa summary dia. Oppss terpaksa sorok maklumat.
Kalau takde summary tu atleast tiket pergi dan balik kena tunjuk. Serius diorang pandang serius pada berapa lama dan berapa orang ke sana setimpal tak dengan jumlah beg yg dibawa. Diorang be like,
"Bila tarikh mai sini? Berapa lama hangpa kat sini?"
"3 hari cik"
"Tiket mana bak mai nak tengok"
"Alamak tak simpan la cik"
"Hangpa jangan dok loglaq naa. Betui ka daq hangpa sini 3hari 2 malam?"
Haa gitu la.. Contoh je. Kekeke. Kalau bagi summary tu je mudahkan kerja diorang dan kita pun takkan tergagap-gagap nak jawab. Tiket takde sape nak buktikan kita berada disitu selama itu? Kan dah panjang cite. Kita mudahkan kerja diorang, insyaAllah urusan kita pun akan mudah.
2. Parking Jeti Kuala Kedah
Dekat jeti ada parking. Harga tak pasti antara RM10-15 per day. Selain tu ada jugak parking lot persendirian yg berpagar. Harga pun range 10-15. Akan ada ulat-ulat parking bermotor yg meng-insist kita amik parking dengan dia. Ada yg boleh dipercayai, ada yg tak. Tengokla kalau dia bawak kau kat parking sebarangan, tepi jalan, depan rumah orang tu mohon jangan. Takut-takut balik nanti tengok ade surat cinta atas kereta. Kekeke. Kalau dia bawak kat salah satu parking berpagar ni maksudnya ok la tu. Parking berpagar ni pun banyak aku nampak haritu. Ade kat open area, ada kat tempat tersorok, ade jugak kat celah pasar. Tapi berpagar.
Selepas buat research seminggu sebelum, kitorang pilih park dekat Masjid India Kuala Kedah. Masuk je tol Alor Setar Utara, set je waze Masjid India Kuala Kedah mesti jumpe. Parking dalam pagar masjid. Agak limited jugak parkingnya sebab kawasan masjid tu kecik je. Lebih baik cuba call dulu mintak nak book. Boleh contact Imam Sadiq 012-4466869/017-5248386. RM10/day. Pagar akan dikunci lepas isyak dari jam 11 malam sampai 5.30 pagi waktu nak masuk subuh. InsyaAllah selamat. Cuma kunci kena tinggalkan in case ada emergency. Apa-apa hal pun, nak alih kereta ke, Imam tu akan contact kita dulu.
ihsan google
Dari masjid nak ke terminal jeti tak jauh. Terminal berada disebelah kanan masjid. Kena jalan sikit la. Haritu kitorang turunkan beg kat terminal dulu sebab beg banyak. Bawak luggage siap kau. Kan bising nak tarik dari masjid ke terminal. Dah jadi center of attention plak.
3. Homestay + Sewa Kereta
Kalau naik flight, sewa hotel atau homestay area Cenang. Kalau naik feri sewa hotel/homestay Kuah. Jarak cenang-kuah tu lebih kurang 30 minit. Kuah adalah pekan utama tapi lebih tenang walaupun banyak kedai & mall. Area Cenang tempat tumpuan hanya 1. Dia macam one stop centre la. Memang besar tempat tumpuan tu tapi penuh dengan pelancong asing, terdapatnya kedai-kedai menyediakan alkohol berdekatan je dengan kedai halal. Tapi bagi yang suka kemeriahan boleh je duduk Cenang. Kat situ pun banyak kedai makanan laut melayu dan jarak dengan pantai pun tak jauh.
Homestay aku amik pakej sekali dengan kereta avanza. Muat la untuk kitorang 6 orang.
Homestay + Avanza = RM700 3 hari 2 malam. Harga ni adalah standard waktu peak season. Kalau amik kereta sedan/compact lebih murah la. Boleh jugak kalau nak amik secara berasingan. Kalau google kereta sewa Langkawi banyak yang keluar. Ada yang cas per 48hours, ada yang kira 3h 2m terus. Imam Sadiq tadi pun ada servis kereta sewa jugak. Harga lebih murah dari yang lain. Boleh survey dulu harga dan pilih.
Sumber mudah.my
Sumber mudah.my
Ni homestay yang kitorang duduk. Taman Dayang, Kuah. Sangat-sangat selesa.
Rumah memang cantik. Boleh bagi 5 bintang. Hehe.
4 bilik tidur 3 bilik air. 2 bilik queen, 1 bilik double, 1 bilik lagi 2 katil double decker.
Boleh duduk 10-12 orang!
Dapur, ruang makan lengkap, ada peti boleh simpan coklat & ada mesin basuh semi auto. Lepas mandi laut, balik homestay basuh baju. Tapi sabun & barang nak masak kena beli sendiri ye.
Homestay ni sangat convenience. Sangat dekat dengan kedai runcit, kedai makan dan shopping centre Idaman Suri pun depan rumah je. Drive 10 minit dah boleh sampai HIG shopping centre pulak. Contact owner homestay (012-4838291). Kalau tak tahu nak pilih homestay, nak cari kereta sewa, boleh contact tour agen Fatin (017-5872439). Bagitau je Fatin ni kita nak stay berapa lama, nak homestay macam mana, nak kereta apa, semua dia akan arrange. Fatin ni sepupu kawan husben. Tapi agen yang amik komisyen dari owner, bukan dari guest ye. Boleh dipercayai. Dia akan pick up kita dari jeti/airport bawak ke homestay/hotel.
Totally Recomended! :D
To be continue..