Pregnancy: Suntikan Anti Tetanus Toxoid(ATT) - Kancing Gigi
Tetanus Tetanus adalah jangkitan kuman yang boleh membawa maut yang disebabkan oleh toxin (racun) dari sejenis kuman yang bernama Clostridium Tetani. Kuman ini boleh memasuki tubuh melalui luka yang terbuka. Ia akan merosakkan sistem saraf seterusnya membawa maut. Namun boleh dicegah melalui suntikan vaksin. Suntikan ATT Vaksin ini dimakan Suntikan Anti Tetanus Toxoid (ATT) atau lebih dikenali sebagai suntikan kancing gigi dalam kalangan orang kita. Ia mengurangkan kebarangkalian mendapat jangkitan tetanus. Suntikan ini melindungi ibu hamil dan bayi yang bakal dilahirkan. Antibodi yang dibentuk didalam badan akan dihantar kepada bayi untuk melindunginya selepas beberapa bulan dilahirkan. Ia juga menghalang kelahiran pramatang. Sejarah Berpuluh tahun yang dulu ketika hospital masih belum banyak dibina, masyarakat tinggal di kampung yang jauh dari bandar dan pedalaman. Kebanyakan bayi dilahirkan dengan bantuan bidan kampung. Mereka menggunakan perlatan seperti pisau dan gun...