Pregnancy: Suntikan Anti Tetanus Toxoid(ATT) - Kancing Gigi


Tetanus
Tetanus adalah jangkitan kuman yang boleh membawa maut yang disebabkan oleh toxin (racun) dari sejenis kuman yang bernama Clostridium Tetani.
Kuman ini boleh memasuki tubuh melalui luka yang terbuka. Ia akan merosakkan sistem saraf seterusnya membawa maut. Namun boleh dicegah melalui suntikan vaksin.

Suntikan ATT
Vaksin ini dimakan Suntikan Anti Tetanus Toxoid (ATT) atau lebih dikenali sebagai suntikan kancing gigi dalam kalangan orang kita. Ia mengurangkan kebarangkalian mendapat jangkitan tetanus. Suntikan ini melindungi ibu hamil dan bayi yang bakal dilahirkan. Antibodi yang dibentuk didalam badan  akan dihantar kepada bayi untuk melindunginya selepas beberapa bulan dilahirkan. Ia juga menghalang kelahiran pramatang.

Sejarah
Berpuluh tahun yang dulu ketika hospital masih belum banyak dibina, masyarakat tinggal di kampung yang jauh dari bandar dan pedalaman. Kebanyakan bayi dilahirkan dengan bantuan bidan kampung. Mereka menggunakan perlatan seperti pisau dan gunting yang dikhuatiri tidak bersih dan berkuman. Ketika itu banyak kes tetanus di kalangan bayi baru lahir dan ibu yang masih berpantang.

Perlukah Suntikan ATT
Memandangkan sekarang hospital telah banyak dan mudah diakses, peralatannya juga bersih dan basmikuman, suntikan ini menjadi tidak relevan dan jangkitan menjadi hampir zero. Terdapat hospital swasta yang tidak memberi suntikan ini. Namun hospital kerajaan masih meneruskan pemberian ATT untuk mengelakkan risiko kerana tetap terdapat luka episiotomy yang berisiko dijangkiti. Mungkin tidak terlalu relevan tapi manalah tahu tak sempat ke hospital, si ibu terberanak didalam kereta, bas mahupun lif. Kemungkinan  ini diluar kawalan. Jadi lebih baik untuk mengambil ATT.

Berapa Kalikah Suntikan Diberi
Untuk kehamilan pertama, 2 kali suntikan akan diberi. Kebiasaannya ketika kandungan mencecah 5 bulan ataupun ketika ibu sudah merasai pergerakan bayi.
Untuk kehamilan kedua dengan jarak kurang dua tahun dari kehamilan pertama, hanya 1 suntikan diberi.

Kesan Suntikan ATT
- Sakit dikawasan kena suntikan
- Sedikit bengkak
- Rasa gatal-gatal
- Lenguh sehingga sukar mengangkat bebanan
- Demam
Kesan-kesan ini akan beransur-ansur hilang dalam masa 2 hari ke seminggu.

Mummy dah lepas 1 stage ATT. Demam la jugak sehari. Hu. Hari ketiga dah ok. Lenguh hilang demam pun hilang.

::Rujukan - Blog Dr Zubaidi

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Caesar (Czer) di Hospital Sungai Buloh

Bersalin Caesar (Czer): Suntikan Heparin

Pengalaman Bersalin Czer Kali Kedua: Kuasa Naluri Seorang Ibu