Amanah Yang Akan Ditanya
Aku suka budak. Aku suka baby. Tapi suka setakat suka je la. Takde la aku nak pegi gomol anak orang. Buatnya dia tak suka aku, meraung-raung kat situ dah mak dia tuduh aku buat nak dia. Sebelum kawen, even sebelum kenal husband pun lagi aku dah niat + doa. Mintak murah rezeki anak lepas kawen nanti. Aku nak cepat. Doa terus bersambung lepas kawen. Alhamdulillah, sebulan kawen, sempatla period sekali terus lekat. Alhamdulillah. Husband pun jenis suka budak. Jadi teamwork tu ada dan teamwork tersebut mendatangkan hasil. Kah! Awal-awal pregnant aku tetiba jadi tak suka budak. Haa ntah kenapa. Semua budak aku tengok aku jadi menyampah. Aku rasa nak marah je anak-anak mak sedara aku yg memanjat sana sini, yg merengek mengada-ngada. Aku menyampah. Pernah, aku marah anak jiran sebab sepak fio. Budak tu adala dalam umur 6 tahun. Kecik je tubuh dia. Lelaki. Aku marah yg marah. Bukan bagi teguran lembut. Bukan. Aku tengking dia. Budak tu tak menangis pun tapi terkula...