Amanah Yang Akan Ditanya
Aku suka budak. Aku suka baby.
Tapi suka setakat suka je la.
Takde la aku nak pegi gomol anak orang.
Buatnya dia tak suka aku,
meraung-raung kat situ
dah mak dia tuduh aku buat nak dia.
Sebelum kawen, even sebelum kenal husband pun
lagi aku dah niat + doa.
Mintak murah rezeki anak lepas kawen nanti. Aku nak
cepat.
Doa terus bersambung lepas kawen.
Alhamdulillah, sebulan kawen, sempatla period
sekali terus lekat. Alhamdulillah.
Husband pun jenis suka budak. Jadi teamwork tu
ada dan teamwork tersebut mendatangkan hasil. Kah!
Awal-awal pregnant aku tetiba jadi tak suka
budak. Haa ntah kenapa.
Semua budak aku tengok aku jadi menyampah. Aku rasa nak
marah je anak-anak mak sedara aku yg memanjat sana sini, yg merengek mengada-ngada.
Aku menyampah.
Pernah, aku marah anak jiran sebab sepak fio. Budak
tu adala dalam umur 6 tahun. Kecik je tubuh dia. Lelaki. Aku marah yg marah.
Bukan bagi teguran lembut. Bukan. Aku tengking dia. Budak tu tak menangis pun tapi terkulat-kulat
terus berlalu dari situ. Puas hati masa tu sebab dah lama aku perhati
dalam diam. Kalaulah mak dia tahu mesti kecik hati. Nasib takde scene
pergaduhan mak-mak. Buatnya mak dia datang rumah tanya kenapa marah anak dia,
mau aku menjawab nanti. Mak-mak zaman sekarang kan macam tu. Tapi aku rasa
budak tu jauh lebih keras hati sebab macam langsung takde perasaan. Menangis
tak, menunduk pun tak. Tapi tak pandang la mata aku. Macam dah terbiasa.
Mungkin dia terima lebih lagi bila kat rumah? Keadaan dia masa tu dengan
pakaian sekolah, baju sekolah, kasut sekolah dia pergi terjun swimming pool.
Beg pun ada lagi. Nampaknya dia belum balik rumah. Turun bas sekolah terus
terjun kolam. Apalah yg dia hadap kat rumah ye. Perhatian mak bapak kemana,
pastu aku pulak pegi marah dia. Jelas pun sikap budak tu ialah sikap budak yg
menginginkan perhatian. Aku menangis sendiri bila teringat balik. Campur
menyesal jugak la. Hu. Kadang-kadang rasa nak pergi peluk budak tu mintak maaf.
Tapi kang org cakap aku pedofilia pulak peluk anak jantan orang. Emm.
Sebabkan perasaan tak suka, rasa nak marah dan
menyampah terhadap budak-budak yg tiba-tiba wujud dalam urat dan saraf aku
waktu tu, aku pernah cakap dengan husband, “syg rasa syg nanti mesti seorang
mak yg garang.” “Memang pun”, reply husband. Husband akui sebab aku memang
garang waktu tu. Dan itu membuatkan aku terfikir-fikir sampai la hujung
pregnancy.
Btw, nampak je aku soft. Tapi sebenarnya aku
ada baran aku. Suka-suka hati je aku nak marah orang, nak tengking orang kalau
dia buat silap dengan aku. Aku jadi takut. Camnela anak aku lahir nanti.
Camnelah kalau aku tak boleh sabar. Kang tak pepasal masuk muka depan metro
dengan kapsyen capslock, IBU DERA ANAK. Sampai gitu aku pikir.
“Jangan bermimpi nak ada anak jika tiada kesabaran..”
Akhirnya lahirlah Farrel. Lahirnya Farrel,
baran aku lesap secara automatik.
Hilang kemana ntah. Aku pun jadi pelik. Sejak 5 bulan farrel
lahir, tak pernah sekali pun aku hilang sabar. Elok je aku bangun 3 4 kali
tengah malam buat susu, tukar pampers. Takde pun aku marah, kau ni asik nak
susu je. Mohon lempang aku kalau aku cakap gitu. Even, tengah malam pukul 2 3
pagi dia bangun ajak borak, mintak dukung, bagi renungan cinta walaupun bilik
gelap gelita, pun aku layankan padahal mata ni rabak tak payah cakap la. Aku
layankan je sampai dia penat dan tertidur. Sudahnya aku yg terkebil-kebil sorang-sorang
sampai subuh. Kejap lagi dah nak masuk ofis. Hu. Mencabar.
Tapi takde pulak aku ni mama yg garang macam yg
digembar-gemburkan hati sendiri tempoh hari. Elok je aku sayang-sayang dia,
borak-borak. Paling dia suka bila aku zikir nak tidurkan dia. Dia pun ikut sama
dalam bahasa dia.
Pastu senyum. Eh eh..dia ni ngorat kita plak.
Ke sebenarnya orang pregnant ni memang garang.
Lulz.
Baru 5 bulan. Tapi macam -macam yg dah aku
rencanakan. Nanti bila dia dah pandai cakap, aku nak tanya, Farrel syg mama
tak? Sebab sekarang aku tanya dia buat tak tahu je. Aku pulak yg tolong
jawabkan, “sayang la mama..” Aku nak tanya mata mana, hidung mana, mulut mana,
kaki mana. Aku nak jalan pimpin-pimpin tangan dengan dia. Gituhhh. Haha.