Rezeki Yang Tak Diharap

Sehebat manapun kita mencuba, jika Allah kata belum maka belum lah. Bersungguhlah macam mana pun untuk mengelakkan, jika Allah kata jadi, maka jadilah.

Masih segar lagi dalam ingatan ku yg tak berapa nak muda ni, kata-kata seseorang yg terdesak. Dalam intonasi menghina dan memerli, dia berkata-kata tentang anak ketiga dalam kandungannya itu. Niatnya cuma satu, untuk menyakiti hatiku. Dan benarlah niatnya itu berjaya. Aku terkesan. Dan kesannya membawa kepada bicaraku dalam bahasa Tuhan. Tak, aku tak berdoa yg bukan-bukan. Apa jua niat dan laku mereka, biarlah Tuhan shj yg membalasnya.

Cukup aku berdoa, “mudah-mudahan aku juga dikurniakan rezeki anak dengan mudah bila aku kahwin nanti”. Oh, dah tentulah doa itu bukan sekali. Bukan usai solat je. Setiap kali terngiang kata-katanya ditelingaku, setiap kali terbayang lakuan mereka di tabir mataku, ketika bekerja, ketika makan, ketika manapun, setiap kali itulah aku titipkan doa rezeki anak tadi. Niat dan doa. Dalam rasa pedih, aku ikhlaskan menerusi doa.

Alhamdulillah, seperti yg pernah aku ceritakan, sebulan kahwin aku disahkan mengandung. Alhamdulillah dah 8 bulan dah budak botak comel tu sekarang. Farrel Nuqman. Dah start makan, dah start tantrum. Kemanjaan semakin hebat dielaborate dalam bahasa budak bijak.

Doa dimurahkan rezeki anak tu, dah lama aku tak ungkap sejak bersalin. Kira macam dah menjadi kenyataan so, sujud syukur je la. Doa dah lain lah sekarang. Pun begitu, tak sangka doa rezeki anak itu masih valid disis-Nya. Ibarat saham yg masih berjalan walau principalnya dah lama tak topup. Gituh. Rezeki yang tak disangka, Farrel is expecting adik. Uppss.

1st cek upt mama is upset. Mama down. Farrel baru masuk 6months waktu tu. Seperti kebiasaan czerian mother, 6 months is too early. Suppose at least 3 years gap. Orang yg beranak normal pun kalau boleh jarak bagi jauh sikit. Inikan pulak czer. Trauma masih lagi ada. Kengerian jarum-jarum dan kesakitan post operation masih tak lupa. Malah masih terasa. Mama dalam dilema. Mama belum puas bagi perhatian pada farrel. Mama belum puas nak hadap farrel sorang. Mama tak nak bahagi-bahagi kasih lagi. Belum lagi.

Aku pegi klinik jumpa O&G to confirm pregnancy. Dengan harapan upt salah. Dia ultrasound. Terasa sakit dan ngilu kat parut bedah tu bila alat scan tu ditekan disitu.

“yes, positive” said doctor.

Dan as expected, teruslah berkumandang bebelan panjang selepas itu. Aku be like, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Oh, btw papa pun aku drag masuk sekali. Sebab dah tau dah pasti kena educate dengan doctor. Biar kena sama-sama. Kekeke. So, at that time its been 5 weeks already. Tapi kantung kosong. Belum nampak penghuninya lagi. Waktu ni lah doc bagi choice.

“Sama ada nak terminate atau nak teruskan. Untuk teruskan, condition badan should be no problem. Boleh teruskan. Tapi kalau nak terminate, its now. Sebelum adanya jantung. Bila dah ada jantung nanti, takde doc yg akan do the procedure.” Doc berhenti barang sesaat dua dan sambung, “Tapi pada pandangan saya teruskan je la takde masalah.”
Selepas doc jelaskan beberapa cara untuk terminate (sebagai etika antara doc-patient, procedure dan pilihan yg ada tu harus diberitahu) doc akhiri consultation dengan, “Balik ni istikharah lah dulu”. Mungkin jelas perasaan 50-50 aku tu.

Aku, masih 50-50. Husband, eksaited to have the baby tapi still, “up to u, I follow je ur keputusan.” Senang kan jadi lelaki? Hu.

Lama aku fikir, kadang aku buat-buat lupa. Dalam masa aku berfikir tu macam-macam menerjah di fikiran. Macam-macam sad story yg menjentik jiwaku melintasi newsfeed fb ku dari group pregnancy mommies terutamanya.

Ada yg kandungan dah 8weeks tapi ultrasound hanya nampak kantung. Senang cerita kantung kosong. Doc nak D&C (cuci). Serba salah dibuatnya. Diminta pula tangguh procedure sehingga 12weeks dengan harapan akan ada penghuni yg kelihatan didalam kantung itu.
Aku? Aku seminggu kemudian which is 6weeks 4days, kantung yg minggu lepas kosong dah ada egg yolk siap ada heart rate lagi. Tapi getarannya masih lemah mengikut prosesnya.

Ada yg gugur berkali-kali baru lekat satu.
Aku? Berharap ianya tiada tapi semakin harap ia tiada, semakin ia kuat.

Ada kawan satu ofisku, dah 20 tahun kawen. 20 tahun lah masih berdua. Sampai dah tak berharap lagi.
Aku?

Ada yg anak pertamanya dah 6 tahun. Dalam 6 tahun ni merancang sendiri je. Ter’eksiden’ berapa kali tapi tak pernah pulak lekat.
Aku? Dah habis berhati-hati pun. Siap pernah kena gastrik lagi, doc bagi makan ubat gastrik selama 7 hari berturut-turut. Tup-tup ada jugak.

Ada yg dah ada 2 anak, by the time nak yg ketiga pelbagai masalah datang. Mengandung luar rahim lah, miscarriage lah.
Aku? Aku tanya pada diri macam mana kalau yg ada didalam rahimku ini adalah rezekiku yg terakhir? Allahu..sebak sendiri.

“Maka, nikmat yang manakah yang engkau dustakan..”

Pernah ada rasa nak terminate. Dalam rasa nak terminate tu tiba-tiba perasaan nak continue tu fight lagi kuat. Bila rasa nak continue, tiba-tiba akan ada rasa was-was. Macam tu lah perasaan tu berbolak balik.

“Syaitan tu memang tak suka kalau anak adam, penyambung umat Rasulullah dilahirkan.” Kata seseorang bila aku cerita perasaan yg was-was tiba-tiba datang tu.

“Sayanglah dia macam mana awak sayang Farrel dulu.” Pesannya lagi.

Itu inner battle aku. Aku battlekan sebab pernah terlintas nak terminate. Allah. Allah.
Ambil wuduk, solat taubat.

Cerita-cerita yg menjentik hatiku tadilah yg memotivatekan aku. Maaf jika perkongsian ini ada yg terasa. Bukan niat aku. Kenapa aku sangat 50-50, related to kesihatanku. Post nat, 2 kali ke emergency cek jantung. Masih ber-appoinment dengan pakar kardio. Mudah-mudahan Allah beri sihat…

Jika ini yg terakhir buatku, kuatkanlah tubuhku dan rahimku untuk membawanya. Berikanlah ia nyawa dan kesempurnaan akal & fizikal. Jadikanlah ia yang terindah dan terbaik. Jika ini pengakhiran bagiku, jadikanlah ia asbab untukku ke syurgaMu tanpa hisab..

Dan morning sickness pun bermula..

Mama: Farrel, be good ok. Mama tak sihat ni. Farrel tak mo ngamuk-ngamuk ye.
Farrel: Atatatatah..ehe..

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Caesar (Czer) di Hospital Sungai Buloh

Bersalin Caesar (Czer): Suntikan Heparin

Pengalaman Bersalin Czer Kali Kedua: Kuasa Naluri Seorang Ibu