Posts

Hati mama bagai dikoyak-koyak..

Image
Pagi selasa tu hujan baru berhenti. Jalan masih basah. Udara masih berkabus. Mama ada appoinment kat hospital sg buloh. Cadangnya farrel mama papa hantar ke rumah BS dulu. Tak nak mengangkut sekali sikecik tu ke hospital. Surrounded with sicks people and confirm lama urusan haritu nanti. Lepas siap semuanya, papa keluar ke kereta dgn farrel dulu. Mama bancuh bekal susu farrel. Sebaik menutup pintu sambil melangkah keluar, terdengar suara farrel meraung diselangi jeritan papa, "Mama cepat, farrel jatuh. Berdarah!" Berdarah...terngiang-ngiang kat telinga mama. Berdarah. Farrel jatuh atas jalan tar. Tak lama untuk mencerna, mama ketepikan dulu semua persoalan. Pantas, farrel bertukar tangan dari papa ke mama. Allahu..muka farrel penuh darah. Dari dahi sampai ke mulut sampai ke tangan sampai ke siku darahnya mengalir. Berselang dengan air matanya. Mama lap darah untuk pastikan mana yg luka. Darah berpunca dari dahi. Titik lukanya. Tisu yg sempat papa tekup pada dahi dh pun l...

Setahun Sudah

Image
Assalamualaikum penghuni pertama rahim mama.. Lahirnya kedunia bersama doa. Dalam bahasa Tuhan yg telah lama mama titipkan. Dia kurniakan kamu kepada mama dengan penuh kesempurnaan. Takkan mama lupa kali pertama mama menatap wajahmu. Matamu, hidungmu, bibir, tangan, kaki, sungguh mama jatuh cinta pada semuanya. Takkan mama lupa senyuman pertama kamu yg menhilangkan segala kegusaran semalam. Mama bersyukur kamu selamat setelah segala kesulitan dan kemungkinan yg takkan mampu mama bayangkan pun b erlaku. Kini, genap setahun kamu memberi cahaya dalam hidup mama dan papa. Tiada satu saat pun memori yg kamu beri akan mama lupakan. Kalau boleh dilukis mama lukis. Agar tiada satu pn memori yg kan hilang. Maafkan segala kekurangan mama. Pemberian mama tak pernah kan sempurna buat kamu. Tapi mama kan cuba cukupkan segala seadanya. Agar kamu tak rasa kurang apa pun. Dengan kamu, mama belajar sesuatu. Nikmat yg berbentuk amanah ini, bukan untuk terbebani, bukan tempat meluah ama...

Pembawakan Budak

Image
Harpick pencuci tandas (purple) Pencuci tandas ye bukan pencuci lantai Itulah bau yg paling nikmat sekali Terngiang-ngiang baunya sampaikan ada masa tu saje-saje je tuang dalam toilet bowl, dinding (mozek) & lantai. Nanti sambil sental toilet sambil amik bau. Kalau tak tuang, time mandi tu bukak cap dia dapat amik bau pun cukupla. Bila dapat bau tu senang hati je rasa. Tapi yang purple ni je. Yang lain tak suka. Back then, aku & husband pakai shower cream yg berlainan. Aku pakai baby shower cream. Acah-acah kulit bayi gittew. Laki ku pakai lifebuoy merah. Mak aih bau lifebuoy yg sebelum ni ok tetibe jadi begitu busuk dihidungku sampai trigger rasa nak muntah. Dia sampaikan aku tak masuk toilet after hubby & aku takkan dekat dengan dia after dia shower. Semuanya sebab lifebuoy. Haha kesian lifebuoy tak bersalah. Hal ini memaksa laki ku mencari shower cream lain. Diheretnya aku sekali time nak cari shower cream tu semata-mata nak suruh aku...

Makna Sebuah Syawal

2017.. Kami masih disini Dari lahirnya kebumi ini 27 tahun yang lalu, sampai dah kawen, sampai dah ada anak, kami masih disini. Bau bendang, bau selut, semuanya seakan sebati Sesekali seperti terlintas bau-bauan kampung itu, pastikan menerbit rindu.. Rindu pada kenangan lalu, kenakalan budak hingusan dan yg pasti kerinduan tidak bertepi kepada yg telah lama menghadap Ilahi.... Raya ini, rasanya bercampur baur. Sedih, entah kenapa. Terharu, entah keberapa kalinya. Teruja, terselit sama. Entah. Yang pasti maknanya syawal masih tak lari. Amat bermakna bila dapat menyambut syawal dengan insan-insan yg tersayang. Masih dapat mencium tangan dan pipi kedua orang tua. Terasa benar pipi dan tangan itu kian berkedut.  Alhamdulillah masih diberi waktu untuk menatap wajah keduanya. Lebih bermakna, diberi izin untuk mencium tangan suami. Saling memohon ampun dan memaafkan. Khilaf yg mungkin terkumpul cukup setahun? Dalam mengawal air mata, terasa ada getar dalam s...

Beraya Dalam Kesederhanaan

Gituuh tajuk mama pilih.. Raya tahun ni lain macam sikit. Persiapannya terasa benar lain. Masa sorang lain, bila berdua lain sikit, bila dah bertiga lagi lain Entahkan perasaan ataupun kos yg mengundang. Hu. Kalau buat check list ni, banyak benda lagi yg tak complete padahal 2 hari lagi nak habis puasa. Like literally, we all cuba melalui bulan ramadhan ni senormal mungkin. Malas nak terlalu fikir persiapan raya melainkan bangun sahur, keluar rumah awal semata-mata nak kejar masa office hour yg berubah, bergaduh dengan jem yg bagaikan double sesak dan dipenghujung hari, fikir nak makan apa berbuka nanti. Itu yg semuanya jadi last minit. Ada la teruja sikit. Tipula takde kan. Farrel la pencetusnya. Hehe. Dari awal tahun sampai dah nak raya, baju & barang2 dia je yg mama teringat nak beli sampai terlupa diri sendiri. Papa? Papa terus lost dalam part servis kereta. Servis itu ini, servis apa yg patut, renew roadtax yg ngam-ngam nak raya la dia nak expired. Kasihan papa. ...

Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Image
30 April haritu buat aqiqah farrel kat rumah mak ayah. Tarikh cun memandangkan isnin tu cuti labor day. Sebulan sebelum, mama merencana serba sedikit goodies dan pelamin yg simple untuk majlis tersebut. Sticker goodies mama google, edit & print kaler atas kertas sticker. Untuk goodies pulak, cari punya cari ada orang suggest mini pretzel. Sedap katanya. Harga pun affordable. Sesuai la untuk majlis farrel yg simple. Cute & colourfull pretzelnya. Sebulan sebelum majlis, mama lock date by byr deposit. Takut order bertindih katanya. Mengikut perjanjian mereka akan cod 4 hari sebelum majlis. Iaitu sebelum mama balik kampung. Unfortunately, seller cancel order mama di hari cod. Padahal mama dah buat full payment malam tu. Alasan diorang, takde runner yg nak tolong cod dan dia nak balik kampung pd haritu. Runner only available esok malam. Habis, mama ni tak payah balik kampung la? Im wondering how dia arrange runner since 1 month ago. Dah byr deposit lock date suppo...

Rezeki Yang Tak Diharap

Sehebat manapun kita mencuba, jika Allah kata belum maka belum lah. Bersungguhlah macam mana pun untuk mengelakkan, jika Allah kata jadi, maka jadilah. Masih segar lagi dalam ingatan ku yg tak berapa nak muda ni, kata-kata seseorang yg terdesak. Dalam intonasi menghina dan memerli, dia berkata-kata tentang anak ketiga dalam kandungannya itu. Niatnya cuma satu, untuk menyakiti hatiku. Dan benarlah niatnya itu berjaya. Aku terkesan. Dan kesannya membawa kepada bicaraku dalam bahasa Tuhan. Tak, aku tak berdoa yg bukan-bukan. Apa jua niat dan laku mereka, biarlah Tuhan shj yg membalasnya. Cukup aku berdoa, “mudah-mudahan aku juga dikurniakan rezeki anak dengan mudah bila aku kahwin nanti”. Oh, dah tentulah doa itu bukan sekali. Bukan usai solat je. Setiap kali terngiang kata-katanya ditelingaku, setiap kali terbayang lakuan mereka di tabir mataku, ketika bekerja, ketika makan, ketika manapun, setiap kali itulah aku titipkan doa rezeki anak tadi. Niat dan doa. Dalam rasa pedih, aku...