Biasakan yang Betul, Betulkan yang Biasa
Biasa parenting norma kita, kita lebih straight forward bila nak halang anak-anak dari buat sesuatu yg salah atau bahaya. Straight forward tu adalah NO atau JANGAN. Menjadi straight forward sebab, tak sempat nak fikir ayat terbaik. Sebenarnya apabila kita kata NO atau JANGAN, 1. Anak hanya dengar ayat selepas perkataan NO atau JANGAN itu. Contoh, “Jangan lari” anak dengar lari. “Jangan sentuh” anak dengar sentuh. “Jangan pukul” anak dengar pukul. Sebab tu lagi kita kata NO, lagi anak buat. Betulkan? 2. NO/JANGAN ini membantutkan perasaan seronok si anak yang ingin mencuba sesuatu. Fasa anak-anak kecil adalah fasa mereka teroka semua perkara disekeliling mereka. Bila kita kata NO atau JANGAN, tanpa sedar kita seakan menghalang mereka bermain. 3. Kita bertambah stress. Setuju atau tidak, kita memang akan rasa stress lepas sebut NO atau JANGAN. Level stress boleh naik sedikit demi sedikit bila kerap sebut NO/JANGAN. 4. Bila kita stress, kita mula marah anak. Dan apabila...