Biasakan yang Betul, Betulkan yang Biasa
Biasa parenting norma kita, kita lebih straight forward bila nak halang
anak-anak dari buat sesuatu yg salah atau bahaya. Straight forward tu adalah NO
atau JANGAN. Menjadi straight forward sebab, tak sempat nak fikir ayat terbaik.
Sebenarnya apabila kita kata NO atau JANGAN,
1. Anak hanya dengar ayat selepas perkataan NO atau JANGAN itu.
Contoh, “Jangan lari” anak dengar lari. “Jangan sentuh” anak dengar
sentuh. “Jangan pukul” anak dengar pukul. Sebab tu lagi kita kata NO, lagi anak
buat. Betulkan?
2. NO/JANGAN ini membantutkan perasaan seronok si anak yang ingin
mencuba sesuatu. Fasa anak-anak kecil adalah fasa mereka teroka semua perkara
disekeliling mereka. Bila kita kata NO atau JANGAN, tanpa sedar kita seakan
menghalang mereka bermain.
3. Kita bertambah stress. Setuju atau tidak, kita memang akan rasa
stress lepas sebut NO atau JANGAN. Level stress boleh naik sedikit demi sedikit
bila kerap sebut NO/JANGAN.
4. Bila kita stress, kita mula marah anak. Dan apabila kita marah, maka
kita rugi 60 saat untuk rasa bahagia. Malah, kita turut ragut 60 saat rasa
gembira si anak. Itu kalau kita marah dalam tempoh 60 saat. Kalau lebih dari
itu maka kita dah rugi banyak masa untuk rasa bahagia.
.
Jadi, apa yang boleh dibuat adalah dengan tukar ayat iaitu beri arahan
(positif) yang kita nak anak buat untuk kita. Bukan arahan yang kita nak anak
buat untuk diri dia.
Antara ayat yang boleh ditukar:
1. Don’t go there -> Stay close with mama
Jangan pergi sana -> Sini, duduk dekat dengan mama
2. Stop hitting -> Keep your hands at your back
Jangan pukul -> Sayang Kawan (tunjuk contoh sekali)
3. Don’t screaming -> Talk nicely
Jangan menjerit -> Cakap elok-elok
4. Stop jumping -> Sit down
Jangan melompat -> Duduk diam-diam.
Dan selebihnya ibu bapa kena kreatif
cipta ayat arahan positif.
.
Nota 1: Beri arahan yang mudah, ringkas dan straight forward.
Nota 2: Otak ibu bapa kena lebih cepat dari mulut yang mahu
berkata-kata NO/JANGAN dan dah tentu kena lebih cepat dari tangan yang nak ‘tangan-tangankan
anak’. Mencabar!
Nota 3: Sabar. Nak latih tukar
ayat ni amik masa untuk dibiasakan.
.
#cp