Yang Sempurnakan Aku
Memang. Aku yang kandungkan anak ini. 9 bulan. Lama.
Memang aku yang lahirkan dia 3 bulan lepas. Sakit.
Memang aku yang lahirkan dia 3 bulan lepas. Sakit.
Sampai sekarang pun masih terasa.
Tetapi. Anak aku bukan milik aku. Dia adalah amanah dariNya. Dia milik
Allah. Bila-bila masa Allah boleh ambil semula.
Jadi. Mengapa aku mengeluh untuk melayan dia tak tidur malam dan mahu
bermain. Sedangkan aku selamba layan tv cerita korea sam[ai tengah malam.
Jangan aku lupa, anak ini milik Allah, bila-bila masa Dia boleh ambil balik.
Mengapa pula aku mengeluh kesal bajunya perlu dibeli lagi. Sedangkan
baru sahaja dibeli bulan sudah. Sedangkan ramai lagi ibu bapa teringin hendak
beli saiz lebih besar lagi. Apakan daya anak mereka lambat membesar pula. Jadi
mengapa aku tak bersyukur dan gembira anak aku mengembang sihat. Mengapa aku
mengeluh. Lupakah aku. Anak ini milik Allah. Bila-bila masa Dia boleh ambil
balik.
Aku mengeluh lemah lagi tidak mampu menyimpan wang di bank. Setiap
bulan ada sahaja kehendak dan keperluan anak ini. Matilah macam ni. Ya Allah.
Sedarkah aku. Ramai lagi yang berhabis berpuluh ribu namun masih tidak
di
Aku terus mengeluh. Tengah sedap bersembang di FB, si anak ini merengek
mahu diangkat-angkat, diagah-agah pula. Ahhh mana boleh. Nanti jadi manjalah
dia. Nah ambil ini dan mainlah sendiri. Allah. Mengapa aku mengabaikan pinjaman
Allah ini. Entah berapa ramai yang mengangis merayu dalam sujudnya di malam
hari mohon diberikan anak penyeri hidup. Tetapi Allah tak bagi. Allah berikan
pada aku. Tetapi mengapa aku mengeluh. Inikan milik Allah. Bila-bila masa Allah
boleh ambil kembali.