Posts

Dia Seorang Pelindung

Dia yang mengajar aku membaca buat pertama kali. Dibelikan buku-buku cerita dongeng dan kisah para anbia yang meruntun jiwa. Dia yang mengajar aku melukis dan mewarna buat pertama kali. Dibelikan buku-buku warna dan pensil warna yang menarik. Dia yang mengajar aku berjalan buat pertama kali. Dipegang erat tanganku agar tidak tersadung ketika memulakan langkah pertama. Dia juga yang mengajar aku mengayuh basikal buat pertama kali. Dipegang erat basikalku agar aku tidak terjatuh dan tercerdera. Dan dia jugalah yang mengajar aku memandu kereta buat pertama kali. Meletakkan kepercayaan untukku belajar menggunakan kereta kesayangannya. Dialah hensemku, heroku, idolaku. Dia, Ayahku.. ************************************************************************************ -Pusat beli-belah Mydin, 1995- Seorang budak perempuan. Umur lebih kurang 5 tahun. Lama berdiri dihadapan satu rak alat tulis. Merenung deretan pensil warna pelbagai saiz dan jenama. Merenung lama tidak...

Four Legs Little Friends

Image
Hai ! Meet Moko Mungji. They are Birman! Ini aku kidnap kat umah makcik. Kalau pegi kelas kat Puncak Alam, umah makcik aku ni la aku tumpang. So, tiap kali nak masuk rumah mesti say hai dulu dengan budak-budak ni yang duduk dalam sangkar. Dahtu lame-lame jadi geram lalu telah mengkidnap 2 ekor. Omey angat! Ikutla diorang naik kereta dari Puncak Alam ke Kuantan.. Ni Mungji! Ifah yg bagi nama. Terpengaruh dengan Running Man. Ikut hati aku nak letak Snowy Snow Shoes sebab kaki die putih mcm pakai stokin. Tapi mak kate nanti tak muat surat beranak pule.. Jarang meow meow. Kalau nak makan die duduk je tepi bekas makanan sampai orang penuhkan bekas makanan tu. Tak suke makan nasik. Sangat suke makan ayam. Ayam tengah goreng dlm kuali lagi die dah berlari-larian ke dapur. Dia jugak s angat handal menangkap lalat dan menelannye tanpa mengunyah terlebih dahulu.  Sadis.  Nampak je comel tapi gengster.  :) Meet Moko! Aku bagi nama ni ...

Titik Mula

Prolog .. Pada ketika kekeliruan dan ketidakpastian begitu menekan.. Kau hadir menjengah fikiran. Tersentak.  Seteringatku, kau seorang yg naif. buta. bisu.  Nah. Kerana tak suka, aku judge dari kejauhan pandangan. Namun, akal sedar tetap sengaja membiarkan. Mungkin dia jawapannya, bisik hati. Tersenyum.. ***************************** Kerap kali dia yg tak aku inginkan menerjah. Sungguh elok susuknya menempah tempat tepat diretina. Memaksa neuron-neuron otak menerima kewujudannya. Sedang hati yg merah menolak. Andainya tika itu bibir keras menyokong perasaan hati, mungkin bebanan itu takkan pernah berani mendekat. Namun, bibir dan hati tidak pernah sependapat waima di bawah kepunyaan yg sama. Mengeluh. Untuk dia. Kau patut sedar. Jangan terlalu mendambakan mahkota andai tak mampu menampung beratnya. Kepada kau. Terima kasih. Indahnya hanya aku yg tahu walau hadirnya engkau sebegini lewat. Pengakhiran .. Andai diberi peluang untuk mengundurkan ma...

Gagang Style episode 2

Hah dah nak masuk 5 bulan dah aku meninggalkan wilayah persekutuan bangi,  setelah 5 tahun lamanya menetap kat sane sensorang. gigih sangat akak tau..  Hasil keberadaan aku kat sane adalah sebuah kereta dengan plat 'B' huruf depannye.  Selangor sangatt. Drive pun dah terbawak-bawak cara sana. Terselak kain mak jah, kak timah yg nak melintas jalan tu bile aku terspeed 110..  Almaklumlah KL ngan bangi dulu ade highway dengan kereta yg laju-laju je. puii.  Boleh tak kalau aku nak membandingkan antara Kuantan dengan Bangi ngan KL.  Boleh tak? boleh tak? Lantak. Nak bandingkan jugak. Situasi Satu Kat Bangi tak de kupon parking. Parking je la kat mana-mana petak kosong pun. Takde pulak MPKJ datang saman. Kat Kuantan mesti letak kupon parking. Yang kena gores tarikh dan mase tuh. Sejam 60 sen.  Kalau ofis hour masaklah kau nak gores banyak keping untuk 8 jam.  Kalau tak nak penat menggores, ade kupon bulanan. Yang paling murah, RM52.50 sebu...

Mak cik nak pesan ni..

Perempuan. Bawak kereta. Dikala terpaksa membuntuti si kura-kura di depan. Jangan berani cucuk-cucuk. Jangan berani-berani hon. Jangan berani-berani high beam. Walau dah tak tahan nak terberak mahupun terberanak. Kat atas jalan raya ramai orang gile bawak kereta. Orang gile yang tercabar egonya pabila perempuan memperlakukan mereka begitu. (You know who... -,-)

"Pelan-pelan kayuh la der..."

"Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda,   “Jika seorang wanita melaksanakan solat lima waktunya, berpuasa pada bulannya, menjaga maruahnya, dan mentaati suaminya, maka ia akan masuk surga dari pintu mana saja ia kehendaki.”   (HR Ibnu Hibban dalam Shahihnya)   Alhamdulillah dipertemukan jodoh dalam usia yg muda bagi mereka-mereka yg berkahwin muda. Bertuah kerana mereka ini punyai banyak waktu untuk memberatkan dacing amalan sebelah kanan. Mengapa ? Ibnu Mas'ud RA berkata,Nabi SAW bersabda, "Apabila seorang isteri membersihkan pakaian suaminya maka Allah mencatatkan baginya 1000 kebaikan dan mengampuni kesalahannya dan Allah mengangkat 1000 darjat baginya." Seperti juga dalam nasihat Baginda SAW kepada puterinya Fathimah R.A, Rasulullah SAW bersabda,   "Wahai Fathimah, seseorang wanita yang meminyaki rambut dan janggut suaminya, mencukur kumisnya dan memotong kukunya, Allah SWT akan memberinya arak yang masih tertutup, murni...

Kenapa Bos Tak Sukakan Pekerjanya?

1.Pekerja tak buat kerja. 2.Pekerja tak buat kerja yang dia kata dia nak siapkan. 3.Pekerja datang kerja lambat. 4.Pekerja datang kerja dengan bawak masalah peribadi bersama. 5.Pekerja yang tunggu arahan kerja. 6.Pekerja yang suka komplen. 7.Pekerja yang suka gossip-gossip. 8.Pekerja yang tidak pernah berterima kasih. 9.Pekerja yang ada masalah 'attitude'. 10.Pekerja yang suka 'break' untuk merokok. 11.Pekerja yang suka surf internet, layan facebook, layan whatssup. 12.Pekerja yang suka cakap tipu. 13.Pekerja yang mencuri. 14.Pekerja yang tak efisyen dengan duit syarikat. Kerja yang boleh buat seorang, dia buat 2 orang. 15.Pekerja yang hanya 'bagus' tapi bukan 'terbaik'. 16.Pekerja yang tak senyum.Masammm je.. 17.Pekerja yang buat kerja 2 kali. 18.Pekerja yang lambat. Slow action. 19.Pekerja yang suka cuti/MC & yang suka cuti kecemasan. 20.Pekerja yang tak respek pekerja lain. 21.Pekerja yang suka berpuak-pua...