Posts

Sofa Stool:Sold

Image
Alhamdulillah sofa stool ni dah sold to bride to be from USJ malam tadi. Nak buat pelamin nikah katenye.. Diorang mai umah, QC siap, pueh hati terus pick up. As I thought, sofa tu feet in kereta sedan. Yeay! Itu yang pepagi tadi bile received call dari nombor yang hampir dilupekan tu terpinga-pinga jap. Ingatkan ade orang nak tanye sofa.  Dah elok susun ayat nak cakap sofa dah sold out.  Nasib baik tak tanye "siapa ni?" dalam nada marah. Keh keh keh .  Sorry bang. Aku juai sebab bebudak comel tu kan raksasa. Yang namanya sofa tu jugakla deme nak scratch. Haih. Sedih plak nengok sofa tu dibawa pergi.. T_T Takpelah bukan rezekiku kerusi itu.. Pujuk hati sendiri. Kekeke. Mudah-mudahan lancar majlis diorang. Harga lopeh nego, biarla rahsia aku dan mereka. ;) Thank you Mudah.my!

Four Legs Little Friends: Generation-Two

Image
Hi! Meet Yuyu.. Yuyu ni yg paling kecik. Dia dilahirkan cacat. Kaki belakang sebelah kiri bengkok. Mase baby tak boleh lurus langsung. Beriye kitorang bandage dengan kayu bagai. Tapi sebabkan semangat dia untuk berdikari dan menjadi normal sangat tinggi, hasilnya dia boleh berlari dan melompat walaupun sesenget lariannye. Tak nampak langsung kecacatan. Yes, he is 1 month. Hebat kan? :') Hai saya Mika! Mika bermaksud cantik dalam bahasa Jepun. Tengok mate dia. Eye bag galas dua siap. Kuat tido. Kat mana-mana pun jadi. Yang paling gemuk ni Fio. Asalnye nama dia Fiona. Tetibe satu hari tu ball dia muncul menampakkan diri. Lelaki rupenye. Kah kah kah. Buang la 'na' tu, jadi Fio je.. Err.. kelihatan kaki Socky menyibuk disitu. Yang ni la Socky! The one and only white shoes. Satu je gambar dia yang berjaya diambil dengan jelas. Yang lain semua infinity. Aktif sangat! :) Maaf, aku bukan meng-cat abusement-kan d...

Terlalu Merindu

Andainya.. Ku punya peluang sekali lagi Ingin sekali aku genggam tanganmu Membawa kau kedunia penuh warna indah itu dan takkan kulepas lagi.. Andainya.. Ku punya peluang sekali lagi Ingin aku khabarkan padamu Bahawa langit disini selalu mendung tanpamu Bisakah kau kembali lagi.. Andainya.. Ku punya peluang sekali lagi Ingin aku pahatkan dihatimu Bahawa hanya aku yang kau perlu dan tiada lainnya yang kumahu.. Andainya.. Ku punya peluang sekali lagi Terlalu ingin aku ucapkan Bahawa betapa selama ini aku merindu Terlalu merindumu.. Usai gerimis ini, Air yang mengalir tenang, Burung kembali bernyanyi, Angin lembut membawa lagi babak yang akhir dulu, kehangatan dakapan terakhir yang kurasakan masih..
Image
Biar payah menandingi gemersik suaramu,  cuba juga kudendang ‘Syair Si Pari-Pari’ ini untukmu.. ‘Buat Seorang Kekasih’, sabarlah menghadapi ‘Suratan’ ini.  Kerana pasti ‘Dalam Gelap Ada Terang’..  Mahunya kami, kau kembalilah kepada fitrah dan katakanlah pada najis itu ‘Kita Terpaksa Bermusuhan’. ‘Tiada Aku Jemu’ mendoakan supaya kau berjaya mencari tau ‘Rahsia Alam’ ini agar dapat kau merasa ‘Manisnya Rindu’ didakap kasihNya. ‘Semoga Kau Mengerti’ kala ‘Gerimis Mengundang’ ini sentiasa kan ada ‘Nur Kasih’ dari Allah yang Maha Pengampun untuk kau merasa ‘Damai Dihati’..  Disini kami ‘Sabar Menanti’ untuk sama-sama menikmati lagi keindahan ‘Warna Kehidupan’ bersamamu ‘Kurnia’ dari Ilahi.. Didalam tadahan doa kami, semoga nanti kan tiba saatnya ‘Mentari Muncul Lagi’ untukmu dan akan Dia ‘Satukan Hati Kita’ semua lagi. InsyaAllah.. ::  Zamani -  Lagenda sepanjang zaman

Sampai Hujan Reda

Image
Hujan bersenandung lirih mencurahkan air mata yang tak bererti Setia kucuba kutip titisan–titisannya agar dapat kurasa lagi hangatnya mentari.. Sedang waktu terus bergulir meninggalkan segala keindahan yang pernah singgah dulu Masih aku berdiri lagi disini Dibawah teduhan tiris usang Diantara mimpi buruk dan mahligai impian Tak pernah gagal menunggu kembalinya sesuatu yang hilang.. Kerana yakinku harapan itu kan selalu ada dan lebatnya hujan ini pasti kan berhenti jua, Aku kan tetap disini Menunggu pulangnya tujuh warna pelangi cinta..

Hamparan Religi

Dulu.. Bait langkah terlihat indah Dulu.. Merdu bicara terpelihara sempurna Dulu.. Rendah hati tertitip segar Itu yang dulu Suatu yang dulu yang takkan kembali Suatu yang dulu yang telah jauh pergi.. Pernah hati menurut nafsu Memandang yang bukan Engkau ciptakan untukku Menyentuh kebatilan yang telah Engkau tegahkan Hanyut dalam kedamaian palsu sebuah al-Wahan Terpenjara dalam dosa semalam, bagaikan terapung tanpa sandaran.. Jiwa menjerit bingit mencari jalan pulang Memohon peluang ditimbang dengan neraca kanan.. Tuhanku, Telah aku sentuh api nerakaMu Yang tak ingin sekali aku dekati Peri yang sedaya aku jauhi.. Apakah adil untukMu andai ku alaskannya diatas  sebuah niat yang bukan punyaku Ku bersimpuh diatas sujudku padaMu Menghamparkan deraian kekesalan yang bersarang di hati Merayu keampunan dalam bahasaMu.. Tuhanku, redhailah niat suci ku kali ini..

Istikharah Berbisik

Telah hati lelah berlari Laksana helang mengejar awan tinggi Udara pagi seakan mengerti Ini saatnya berhenti mencari pelangi.. Senja nan merah melabuhkan tirai Kala malam mula mentadbir Menghapus pergi silam semalam Menyejukkan hati hati yang suram Titisan gerimis membasahi bumi Menyiram kebekuan sekeping nurani Perlahan menghilang kabut di sukma Membenih untaian kasih jumawa Dalam niat sebuah Istikharah, Tetap disini rentang tangan menanti Selagi langit memayungi bumi InsyaAllah, jika diizinNya lagi..