Biar payah menandingi gemersik suaramu,
cuba juga kudendang ‘Syair Si
Pari-Pari’ ini untukmu..
‘Buat Seorang Kekasih’, sabarlah menghadapi ‘Suratan’ ini.
Kerana pasti
‘Dalam Gelap Ada Terang’..
Mahunya kami, kau kembalilah kepada fitrah dan katakanlah
pada najis itu ‘Kita Terpaksa Bermusuhan’.
‘Tiada Aku Jemu’ mendoakan supaya kau berjaya mencari tau
‘Rahsia Alam’
ini agar dapat kau merasa ‘Manisnya Rindu’ didakap kasihNya. ‘Semoga Kau
Mengerti’ kala ‘Gerimis Mengundang’ ini sentiasa kan ada ‘Nur Kasih’ dari Allah
yang Maha Pengampun untuk kau merasa ‘Damai Dihati’..
Disini kami ‘Sabar Menanti’ untuk sama-sama menikmati lagi keindahan
‘Warna
Kehidupan’ bersamamu ‘Kurnia’ dari Ilahi..
Didalam tadahan doa kami, semoga nanti kan tiba saatnya ‘Mentari Muncul
Lagi’ untukmu dan akan Dia ‘Satukan Hati Kita’ semua lagi. InsyaAllah..
:: Zamani - Lagenda sepanjang zaman