Istikharah Berbisik
Telah hati lelah berlari
Laksana helang mengejar awan tinggi
Udara pagi seakan mengerti
Ini saatnya berhenti mencari pelangi..
Senja nan merah melabuhkan tirai
Kala malam mula mentadbir
Menghapus pergi silam semalam
Menyejukkan hati hati yang suram
Titisan gerimis membasahi bumi
Menyiram kebekuan sekeping nurani
Perlahan menghilang kabut di sukma
Membenih untaian kasih jumawa
Dalam niat sebuah Istikharah,
Tetap disini rentang tangan menanti
Selagi langit memayungi bumi
InsyaAllah, jika diizinNya lagi..