Posts

Showing posts from February, 2015

aku bukan sasterawan

Aku rindu.. Tapi aku tak dapat luahkan kerana dia jauh dari capaianku Lalu aku tuliskan rindu dalam puisi Aku cinta.. Tapi egoku tebal untuk mengakui kerana takut ditolak Lalu aku tuliskan madah dalam puisi Aku terasa sayang.. Tapi aku tak dapat sampaikan kerana dia bukan hak ku Lalu aku tuliskan rangkaian kata dalam puisi Biar jutaan membaca, Puisi-puisi ini hanya untuknya.. Biarpun dia takkan pernah tahu, Aku tetap bahagia dalam derita.. Aku cuba berpuisi kerana hanya ini  medium yang mampu untukku dendangkan rasa. Maafkan aku andai ada yang tak menyenangi. Aku bukan penulis handalan, aku hanya budak baru belajar. Belajar untuk melepaskan sesuatu dalam upaya yang terhalang. Maafkan..

Penjara Hati

Image
Perginya dia menghenti denyut nadi Yang pernah hadir menyingkap tabir sepi Menyua sebuah lembaran kirana Yang esoknya memeta titik kelam Memupus persaksian terbahagia Tergantikan dengan kekecewaan setengah mati Cubalah ertikan rasa ini Yang selalu berusaha mencerna kenangan Mendakap kompilasi duka dalam senyuman Pada intensi menemukan cinta terlengkap Yang akhirnya mengukir rasa luka Bila dia berlalu dari mimpi-mimpi mulurku Tangan meraba hati terbiar mati Dalam cubaan melupakan rinduku padanya Dan aku masih bahari seperti selalu Terus lemas dalam lipatan memori Terpenjara dalam hati yang terkunci Terjerut aku pada cinta tanpa sesal Padahal aku tahu dialah destinasi yang mustahil

Meniti Sebuah Dongengan

Bahasa kesunyian mula berbicara.. Saatnya telah tiba untuk kau melangkah pergi.. Menghilang bersama hati yang mencari kesempurnaan Mengejar impian dalam usaha yang membunga Meninggalkan aku bersama mimpi yang pernah kau benihkan Jujur aku cinta.. Cinta yang selalu terbang seiring kupu-kupu dicelah pawana Yang takkan pernah mampu untuk aku mengakui Walau sehebat mana, walau sekuat mana pun cinta ini cuba merintangi arus aku tetap terkalahkan oleh kenyataan.. Aku akui kan separuh nafas merindumu.. Takkan pernah ada pelabuhan untukku hamparkan rasa yang mengakir sederas terusan Takkan ada.. Kau terlalu jauh bedanya dari inginku Yang semakin tidak terkejarkan oleh langkah pesongku Izinkan saja aku puisikan salam cinta dan rindu ini dalam puisi pengharapan sesaat Biar kau takkan pernah tahu Biar tiada siapapun tahu Tentang dongengan yang selalu aku rencanakan.. Andainya benar takdir kita tertitik hanya sampai disini biarkanlah rasa ini...

Azam tahun baru katenye..

Image
Yamaha 88key Digital Piano Baiklah, Aku bercita-cita untuk memiliki piano. Grand Piano. Kerek. Main pun tak reti. Semua benda boleh belajar bang. Lalu meng ada kan instrument itu adalah langkah pertama untuk belajar seterusnya pandai dan seterusnya pro. Kekeke. Tapi ukur baju biarlah dibadan sendiri kata orang tua-tua. Lalu aku cuba mengumpul duit untuk Yamaha 88key Digital Piano. ;) 1.9k je katenye. 1.9k JE. Hahaha. -.-‘ Aku pun tak sure cemane bunyi dan function yg tersebut diatas. Nak kena test drive dulu lah. Tapi kate org tua-tua lagi, kecik-kecik cili padi. Memberi sorakan moral pada diri sendiri. Hihi. Secara tak langsung, itula azam taun baru. Dah masuk February baru nak ade azam.  Jgn nanti azamnye ter carry forward ke taun depan udah. Ekeke. Ke arah pemilikan piano! Tetibe nak kumpul duit beli piano terkumpul duit untuk kawen plak. Eh.

Berhenti Menyintai

Perlahan kuhentikan waktu disini.. Agar mampu kuundur langkah setapak Biarkan aku berlalu saat mata terjaga  dari buaian mimpi indah Berpaling dari rasa yang tercipta untukmu Walau cinta kurasakan masih, biar sampai jantung ini bukan milikku lagi, akan tetap aku cuba meluputmu.. Maafkan aku bila harus berhenti sampai disini Aku terlalu lemah untuk kamu sakiti..

Cuba Bertahan

Entah mengapa.. Disetiap gerak langkah ini mengirim suaramu Entah mengapa.. Disetiap nafas ini terhela namamu Tempias hujan menyapa anganan Memuput bayu dingin Meniup pergi dimensi keindahahan dulu Menyedarkanku bahawa kini aku sendiri Entah mengapa.. Disetiap senyum ini ku merasa perih Entah mengapa.. Pandangan ini kian kabur menanti deraian jernih Aku cuba bertahan dalam detak jantung tanpa irama Berlalu menyarung hiba tersarat Hilang dalam contengan puisi rindu bertintakan kelukaan..