aku bukan sasterawan
Aku rindu..
Tapi aku tak dapat luahkan
kerana dia jauh dari capaianku
Lalu aku tuliskan rindu dalam
puisi
Aku cinta..
Tapi egoku tebal untuk
mengakui
kerana takut ditolak
Lalu aku tuliskan madah dalam
puisi
Aku terasa sayang..
Tapi aku tak dapat sampaikan
kerana dia bukan hak ku
Lalu aku tuliskan rangkaian
kata dalam puisi
Biar jutaan membaca,
Puisi-puisi ini hanya untuknya..
Biarpun dia takkan pernah tahu,
Aku tetap bahagia dalam derita..
Aku cuba berpuisi kerana hanya
ini
medium yang mampu untukku dendangkan rasa.
Maafkan aku andai ada yang tak
menyenangi.
Aku bukan penulis handalan, aku
hanya budak baru belajar.
Belajar untuk melepaskan
sesuatu dalam upaya yang terhalang.
Maafkan..