Cuba Bertahan
Entah mengapa..
Disetiap gerak langkah ini mengirim suaramu
Entah mengapa..
Disetiap nafas ini terhela namamu
Tempias hujan menyapa anganan
Memuput bayu dingin
Meniup pergi dimensi keindahahan dulu
Menyedarkanku bahawa kini aku sendiri
Entah mengapa..
Disetiap senyum ini ku merasa perih
Entah mengapa..
Pandangan ini kian kabur menanti deraian jernih
Aku cuba bertahan
dalam detak jantung tanpa irama
Berlalu menyarung hiba tersarat
Hilang dalam contengan puisi rindu
bertintakan kelukaan..