Barang Ibu Buku pink Kad pengenalan 3 helai Kain batik 2 helai Tshirt lengan panjang/blouse (sebagai persediaan shj) 2 helai tudung 1 helai sweater 3 pasang stoking Nursing bra Panties Maternity pad Toiletries Selipar 1 helai towel mandi 1 helai tuala muka Makanan/minuman (kurma, biskut, 3 in 1, air mineral) Air zamzam 1 biji Termos 1 biji Cawan Minyak angin Bag Plastik Al-Quran/yaasin Barang Baby 5 keping pampers newborn 5 pasang baju 1 paket wet tissue 1 helai towel mandi Mittens & Booties Barut Bedung/Blanket bertopi 1 botol minyak telon Surah yasin Air zamzam & kurma Memo: Asingkan siap-siap sepasang baju, sehelai pampers, sepasang mittens & booties, dan sehelai bedung/blanket bertopi untuk kegunaan bayi selepas dilahirkan nanti. Senang staff nurse di labour room terus ambil dan pakaikan pada baby. Barang Bapa Pakaian Toiletries Towel Selimut Ini checklist yang aku buat untuk rujukan sendiri. Dipersilakan downloa...
Catatan ini adalah pengalaman aku sendiri untuk mereka yg tak pernah bersalin di Hospital Sg Buloh dan bercadang nak ke situ. Serta, disebabkan aku lahir anak pertama tertanya-tanya macam mana proses nak ke labour room tu, jadi aku kongsikan ini untuk ibu-ibu yg bakal melahirkan anak pertama. Semoga dapat sedikit pencerahan. Pendaftaran Unit bersalin seperti hospital-hospital lainnya, terletak sebelah EMERGENCY. Agak-agak tak tahu mana nak pergi, terus la pergi ke bahagian emergency. Confirm unit bersalin disitu. Mula-mula sampai macam biasa la perlu register. Tunjukkan buku pink dan isi form yg perlu. Mereka akan tanya kenapa datang. Cerita la dah turun tanda ke dah sakit ke. Jadi, proses register akan bergantung pada keadaan ibu. Ada form perlu di sign oleh suami jugak. Jadi, lepas cari parking laju-laju la suami ke kaunter tadi ye. Selepas selesai register, ibu boleh masuk ke dalam melalui pintu sebelah kiri. Ibu sahaja yg boleh masuk. Suami tidak dibenarkan. Para suami bol...
Anak Aku Jadi Orang. Anak kau? Farrel suka menggigit. Gigit tu bukan lekat pastu lepas. Tak. Gigit, tarik, baru lepas. Gila tak sakit? Lebam confirm. Adik dia pun dah kena. Menangis dah tentu. Mama rasa marah? Dah tentu! "Kalau aku dah tampar dah mulut budak tu. Biar dia tahu sakit. Lepas tu dia tak buat lah." Kalau aku begitu. Kalau aku begini. Yelah, sebab tu kau bukan aku. Tu anak aku bukan anak kau. Bukan nak kata kau takde perasaan sebab tu bukan anak kau. Bukan. Tapi cara mendidik anak takkan pernah boleh sama. Tak boleh samakan anak kau dengan anak aku. Even anak tu lahir dari rahim yg sama sekalipun, cara didikan takkan sama. Perangai ada beza. Penerimaan physically and emotionally takkan serupa. Itu adik beradik. Apatah lagi yg dari rahim berbeza? Anak kau, cara kau, berjaya. Tapi blm tentu berjaya pada anak aku. Faktor umur. Faktor jantina. Sebab musabab berlaku begitu begini. Kena kaji. Baru tau kesesuaiannya cara didikan tu. Jangankan sebab, kau dengar...