the missing puzzle piece
Dalam
perhubungan yang aku lalui itu, takde lain yang aku inginkan kecuali masa,
perhatian dan perasaan istimewa yang hanya untuk aku. Tidak terbahagi.
Bukan
harta yang aku soalkan. Hakikatnya aku tak pernah tanya berapa kali dah kau
tukar kereta? Rumah dah ada ke belum?
Bukan
duit yang aku kejarkan. Hakikatnya aku tak pernah pun nak ambil tahu berapa
gaji kau sebulan. Elaun? Bonus?
Bukan
kebendaan yang aku inginkan. Hakikatnya tak pernah sekali pun aku mintak
dibelikan barang kemas, hatta baju seklipun.
Tak
pernah.
Aku tak
perlukan semua yang diatas ini kerana aku mampu meng ada kan sendiri. Kereta,
checked. Duit-gaji, checked. Rumah, walaupun belum mampu beli tapi mampu sewa
satu rumah sorang-sorang.
Yang
terpenting bagiku itu hanyalah, Masa. Perhatian. Sayang cinta rindu. Yang tidak
terbahagi, layaknya hanya untuk aku. Tidak terbahagi.
Sesusah
mana pun hidup berdikari sendirian, sebeban manapun terasa bahu memikul, cukup
3 perkara ini mampu menjadi peringannya. Rasa bahagia itu yang langsung
membunuh jerih yang terasa. 3 perkara ini. Masa. Perhatian. Perasaan
teristimewa. YANG TIDAK TERBAHAGI.
Dia tak
punyai banyak masa. Kerana setiap masanya terpenuhkan dengan jadual kerja. Tapi aku
tahu setiap waktu lapangnya selain makan mandi dan tidur, di reserve kan untuk
aku. *Baru hantar kat airport beberapa minit yang lalu dah rindu T_T *
Se
tension mana, sebusy mana, seserabut mana pun dia, dia selalu menjadi pendengar
yang baik. Tak pernah ignore ceritaku walaupun aku tahu terkadang cerita itu
membosankan. Bila ada nasihat yang diusulkan, waktu tu aku tahu dia bukan
sekadar mendengar. Aku tahu.
Itu perihal masa dan perhatian yang tidak ternilai harganya. Tentang rasa istimewa itu iaitu sayang cinta rindu, biarkan saja aku yang merasakannya. :)
Itu perihal masa dan perhatian yang tidak ternilai harganya. Tentang rasa istimewa itu iaitu sayang cinta rindu, biarkan saja aku yang merasakannya. :)