Jawapan doa
Dalam kesesatan gelap pekat aku
terlihat kamu
Suluhan wajah terang menggamit
kalbu
Mendorong aku menghampirimu
Memaut erat tanganku yang
tergagau
Lantas menjauh mimpi-mimpi
buruk dulu
Sinaran mentari
menyelimuti alam sunyi
Titisan yang menghiris kini
berganti
Anugerah cahaya hadir mengisi
sepi
Kekosongan yang dulu terasa
padu,
Kini hilang ditiup angin lalu..
Dalam sedih menganyam duka
Dia anugerahkan cahaya nan gembira
Dalam jerih payah mengemudi
kesulitan
Dia kurniakan selebar keringanan
Tulus mendengar deraian
nirmala
Lantas ternoktahkan doa-doa dengan
warna keindahan
Takkan mampu dunia ini
berputar
Serapuh aku yang tanpa kamu
Terpinggir sendirian bersulam
gentar
Kerana dirimu itulah dunia
sehayatku
Jangan pernah terlerai
genggaman
Tatkala dunia seakan cuba memisahkan
Takkan pernah hati ini goyah
Walau dikail hikayat cinta nan mulur
Takkan terleraikan pimpinan
yang telah kita semaikan
Kerana engkaulah jawapan pada doa-doaku..