Posts

Showing posts from 2017

Hati mama bagai dikoyak-koyak..

Image
Pagi selasa tu hujan baru berhenti. Jalan masih basah. Udara masih berkabus. Mama ada appoinment kat hospital sg buloh. Cadangnya farrel mama papa hantar ke rumah BS dulu. Tak nak mengangkut sekali sikecik tu ke hospital. Surrounded with sicks people and confirm lama urusan haritu nanti. Lepas siap semuanya, papa keluar ke kereta dgn farrel dulu. Mama bancuh bekal susu farrel. Sebaik menutup pintu sambil melangkah keluar, terdengar suara farrel meraung diselangi jeritan papa, "Mama cepat, farrel jatuh. Berdarah!" Berdarah...terngiang-ngiang kat telinga mama. Berdarah. Farrel jatuh atas jalan tar. Tak lama untuk mencerna, mama ketepikan dulu semua persoalan. Pantas, farrel bertukar tangan dari papa ke mama. Allahu..muka farrel penuh darah. Dari dahi sampai ke mulut sampai ke tangan sampai ke siku darahnya mengalir. Berselang dengan air matanya. Mama lap darah untuk pastikan mana yg luka. Darah berpunca dari dahi. Titik lukanya. Tisu yg sempat papa tekup pada dahi dh pun l...

Setahun Sudah

Image
Assalamualaikum penghuni pertama rahim mama.. Lahirnya kedunia bersama doa. Dalam bahasa Tuhan yg telah lama mama titipkan. Dia kurniakan kamu kepada mama dengan penuh kesempurnaan. Takkan mama lupa kali pertama mama menatap wajahmu. Matamu, hidungmu, bibir, tangan, kaki, sungguh mama jatuh cinta pada semuanya. Takkan mama lupa senyuman pertama kamu yg menhilangkan segala kegusaran semalam. Mama bersyukur kamu selamat setelah segala kesulitan dan kemungkinan yg takkan mampu mama bayangkan pun b erlaku. Kini, genap setahun kamu memberi cahaya dalam hidup mama dan papa. Tiada satu saat pun memori yg kamu beri akan mama lupakan. Kalau boleh dilukis mama lukis. Agar tiada satu pn memori yg kan hilang. Maafkan segala kekurangan mama. Pemberian mama tak pernah kan sempurna buat kamu. Tapi mama kan cuba cukupkan segala seadanya. Agar kamu tak rasa kurang apa pun. Dengan kamu, mama belajar sesuatu. Nikmat yg berbentuk amanah ini, bukan untuk terbebani, bukan tempat meluah ama...

Pembawakan Budak

Image
Harpick pencuci tandas (purple) Pencuci tandas ye bukan pencuci lantai Itulah bau yg paling nikmat sekali Terngiang-ngiang baunya sampaikan ada masa tu saje-saje je tuang dalam toilet bowl, dinding (mozek) & lantai. Nanti sambil sental toilet sambil amik bau. Kalau tak tuang, time mandi tu bukak cap dia dapat amik bau pun cukupla. Bila dapat bau tu senang hati je rasa. Tapi yang purple ni je. Yang lain tak suka. Back then, aku & husband pakai shower cream yg berlainan. Aku pakai baby shower cream. Acah-acah kulit bayi gittew. Laki ku pakai lifebuoy merah. Mak aih bau lifebuoy yg sebelum ni ok tetibe jadi begitu busuk dihidungku sampai trigger rasa nak muntah. Dia sampaikan aku tak masuk toilet after hubby & aku takkan dekat dengan dia after dia shower. Semuanya sebab lifebuoy. Haha kesian lifebuoy tak bersalah. Hal ini memaksa laki ku mencari shower cream lain. Diheretnya aku sekali time nak cari shower cream tu semata-mata nak suruh aku...

Makna Sebuah Syawal

2017.. Kami masih disini Dari lahirnya kebumi ini 27 tahun yang lalu, sampai dah kawen, sampai dah ada anak, kami masih disini. Bau bendang, bau selut, semuanya seakan sebati Sesekali seperti terlintas bau-bauan kampung itu, pastikan menerbit rindu.. Rindu pada kenangan lalu, kenakalan budak hingusan dan yg pasti kerinduan tidak bertepi kepada yg telah lama menghadap Ilahi.... Raya ini, rasanya bercampur baur. Sedih, entah kenapa. Terharu, entah keberapa kalinya. Teruja, terselit sama. Entah. Yang pasti maknanya syawal masih tak lari. Amat bermakna bila dapat menyambut syawal dengan insan-insan yg tersayang. Masih dapat mencium tangan dan pipi kedua orang tua. Terasa benar pipi dan tangan itu kian berkedut.  Alhamdulillah masih diberi waktu untuk menatap wajah keduanya. Lebih bermakna, diberi izin untuk mencium tangan suami. Saling memohon ampun dan memaafkan. Khilaf yg mungkin terkumpul cukup setahun? Dalam mengawal air mata, terasa ada getar dalam s...

Beraya Dalam Kesederhanaan

Gituuh tajuk mama pilih.. Raya tahun ni lain macam sikit. Persiapannya terasa benar lain. Masa sorang lain, bila berdua lain sikit, bila dah bertiga lagi lain Entahkan perasaan ataupun kos yg mengundang. Hu. Kalau buat check list ni, banyak benda lagi yg tak complete padahal 2 hari lagi nak habis puasa. Like literally, we all cuba melalui bulan ramadhan ni senormal mungkin. Malas nak terlalu fikir persiapan raya melainkan bangun sahur, keluar rumah awal semata-mata nak kejar masa office hour yg berubah, bergaduh dengan jem yg bagaikan double sesak dan dipenghujung hari, fikir nak makan apa berbuka nanti. Itu yg semuanya jadi last minit. Ada la teruja sikit. Tipula takde kan. Farrel la pencetusnya. Hehe. Dari awal tahun sampai dah nak raya, baju & barang2 dia je yg mama teringat nak beli sampai terlupa diri sendiri. Papa? Papa terus lost dalam part servis kereta. Servis itu ini, servis apa yg patut, renew roadtax yg ngam-ngam nak raya la dia nak expired. Kasihan papa. ...

Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Image
30 April haritu buat aqiqah farrel kat rumah mak ayah. Tarikh cun memandangkan isnin tu cuti labor day. Sebulan sebelum, mama merencana serba sedikit goodies dan pelamin yg simple untuk majlis tersebut. Sticker goodies mama google, edit & print kaler atas kertas sticker. Untuk goodies pulak, cari punya cari ada orang suggest mini pretzel. Sedap katanya. Harga pun affordable. Sesuai la untuk majlis farrel yg simple. Cute & colourfull pretzelnya. Sebulan sebelum majlis, mama lock date by byr deposit. Takut order bertindih katanya. Mengikut perjanjian mereka akan cod 4 hari sebelum majlis. Iaitu sebelum mama balik kampung. Unfortunately, seller cancel order mama di hari cod. Padahal mama dah buat full payment malam tu. Alasan diorang, takde runner yg nak tolong cod dan dia nak balik kampung pd haritu. Runner only available esok malam. Habis, mama ni tak payah balik kampung la? Im wondering how dia arrange runner since 1 month ago. Dah byr deposit lock date suppo...

Rezeki Yang Tak Diharap

Sehebat manapun kita mencuba, jika Allah kata belum maka belum lah. Bersungguhlah macam mana pun untuk mengelakkan, jika Allah kata jadi, maka jadilah. Masih segar lagi dalam ingatan ku yg tak berapa nak muda ni, kata-kata seseorang yg terdesak. Dalam intonasi menghina dan memerli, dia berkata-kata tentang anak ketiga dalam kandungannya itu. Niatnya cuma satu, untuk menyakiti hatiku. Dan benarlah niatnya itu berjaya. Aku terkesan. Dan kesannya membawa kepada bicaraku dalam bahasa Tuhan. Tak, aku tak berdoa yg bukan-bukan. Apa jua niat dan laku mereka, biarlah Tuhan shj yg membalasnya. Cukup aku berdoa, “mudah-mudahan aku juga dikurniakan rezeki anak dengan mudah bila aku kahwin nanti”. Oh, dah tentulah doa itu bukan sekali. Bukan usai solat je. Setiap kali terngiang kata-katanya ditelingaku, setiap kali terbayang lakuan mereka di tabir mataku, ketika bekerja, ketika makan, ketika manapun, setiap kali itulah aku titipkan doa rezeki anak tadi. Niat dan doa. Dalam rasa pedih, aku...

Terima Kasih Wahai Permata Hati

Hutang Kita Terlalu Banyak pada anak-anak kita.. Tiadalah jarang kita memarahi mereka disaat kita lelah.. Kita membentak mereka padahal mereka belum benar-benar faham kesalahan yang mereka lakukan. Kita membuat mereka menangis kerana kita ingin lebih difahami dan didengarkan. Tetapi, Seburuk apapun kita memperlakukan mereka, Segalak apapun kita terhadap mereka, Semarah apapun kita pernah membentak mereka... Mereka akan tetap mendatangi kita dengan senyum kecilnya. Menghibur kita dengan tawa kecilnya, Menggenggam tangan kita dengan tangan kecilnya, Seolah semuanya baik-baik saja, Seolah tak pernah terjadi apa-apa sebelumnya. Mereka selalu banyak bercerita untuk kita, meskipun seringkali kita bersikap tidak acuh terhadap mereka dengan kasih sayang.. Kita sentiasa mengatakan bahawa diri kita bekerja keras demi kebahagiaan mereka semua.. tetapi kenyataannya merekalah yang sentiasa membahagiakan kita diketika penat lelah selesai bertugas.. Kita merasakan bahwa k...

Amanah Yang Akan Ditanya

Aku suka budak. Aku suka baby. Tapi suka setakat suka je la. Takde la aku nak pegi gomol anak orang. Buatnya dia tak suka aku, meraung-raung kat situ dah mak dia tuduh aku buat nak dia. Sebelum kawen, even sebelum kenal husband pun lagi aku dah niat + doa. Mintak murah rezeki anak lepas kawen nanti. Aku nak cepat. Doa terus bersambung lepas kawen. Alhamdulillah, sebulan kawen, sempatla period sekali terus lekat. Alhamdulillah. Husband pun jenis suka budak. Jadi teamwork tu ada dan teamwork tersebut mendatangkan hasil. Kah! Awal-awal pregnant aku tetiba jadi tak suka budak. Haa ntah kenapa. Semua budak aku tengok aku jadi menyampah. Aku rasa nak marah je anak-anak mak sedara aku yg memanjat sana sini, yg merengek mengada-ngada. Aku menyampah. Pernah, aku marah anak jiran sebab sepak fio. Budak tu adala dalam umur 6 tahun. Kecik je tubuh dia. Lelaki. Aku marah yg marah. Bukan bagi teguran lembut. Bukan. Aku tengking dia. Budak tu tak menangis pun tapi terkula...

Kuasa Cinta

Image
So, my dear husband outstation overseas like he always used to. Kali ni ke Lae, Papua New Guinea. Transit 2 kali, KL-Singapore-Port Moresby-Lae. The very important things I asked is always his copy of flight itinerary. Memandangkan fon adalah wajib turn off or on flight mode all the way up there, he will only inform me like, “ok nak terbang dah ni” bila dah on board and “I’ve safely landed” bila dah touch down. KL – Singapore: 1h 25m (12.35-14.00) Singapore – Port Moresby: 6h 35m (20.15-04.50) Port Moresby – Lae: 45m (09.15-10.00) Things turn other way round kat Singapore-Port Moresby apabila takde update langsung on estimated time of arrival. Takde whatsapp report from him. Bila takde whatsapp aku assume dia belum dapat connect to wifi. Bukan semua airport ada kemudahan wifi terutamanya airport-airport kecik atau negara kurang kemudahan. Act, dah penah jadi pun dia hilang dari capaianku masa fly to Brunei and Sri Lanka. So, here the use of flight itinerary. It hel...

Emosi Seorang Mama

Image
Dan bermula la episode Farrel ke rumah pengasuh. Tajuk kemain lagi. Mama maternity leave 2 bulan je. Lepas confinement, nenek Pahang dia jaga. Lama. Lepastu pass baton ke nenek Sabah pulak. Alang-alang dia turun tanah melayu nak tengok cucu baru, kita bagi dia jaga kejap. Hehe. Padahal sebab belum dapat babysitter & nursery yang menepati KPI mama. Ada nursery tu jaga 30 babies:6 BS. Ok la menepati syarat JKM. Tapi silapnya 6 ni rotate. Tak fixed like, ok kau dengan kau jaga baby Amir, Irfan, Diana, Shila, Zafran (bukan nama sebenar) shj. Tak. Diorang, sape yang free, dialah yang tengokkan. Just in case emergency. Just in case. Parents nak cari sape? Nanti kau tuduh aku, aku tuduh kau. Nampak? Ade yang nursery tak menitik beratkan soal keselamatan. Mama malas nak sentuh. Orang melayu ni sensitive. Lagi basah benang, lagi nak ditegakkan. Soal hygene lagi. Yes, mama is fussy. Btw, bukanla semua buruk. Ada jugak tu mama fall in love sangat. Dengan staffnya, dengan environment...

Biasakan yang Betul, Betulkan yang Biasa

Biasa parenting norma kita, kita lebih straight forward bila nak halang anak-anak dari buat sesuatu yg salah atau bahaya. Straight forward tu adalah NO atau JANGAN. Menjadi straight forward sebab, tak sempat nak fikir ayat terbaik. Sebenarnya apabila kita kata NO atau JANGAN, 1. Anak hanya dengar ayat selepas perkataan NO atau JANGAN itu. Contoh, “Jangan lari” anak dengar lari. “Jangan sentuh” anak dengar sentuh. “Jangan pukul” anak dengar pukul. Sebab tu lagi kita kata NO, lagi anak buat. Betulkan? 2. NO/JANGAN ini membantutkan perasaan seronok si anak yang ingin mencuba sesuatu. Fasa anak-anak kecil adalah fasa mereka teroka semua perkara disekeliling mereka. Bila kita kata NO atau JANGAN, tanpa sedar kita seakan menghalang mereka bermain. 3. Kita bertambah stress. Setuju atau tidak, kita memang akan rasa stress lepas sebut NO atau JANGAN. Level stress boleh naik sedikit demi sedikit bila kerap sebut NO/JANGAN. 4. Bila kita stress, kita mula marah anak. Dan apabila...

Urutan Untuk Bayi

Image
Cuba perlahan-lahan sampai terbiasa :)