Apabila Telah Dipanggil Kubur...
Teringat pesan mak aku.. kalau mak n ayah dah tiada nanti..selepas
kebumian jangan balik lagi..tunggu la 10-15 minit kerana masa itu malaikat akan
datang..jika masih ada anaknya di atas kubur.. malaikat itu akan tanya kepada
arwah dengan nada yang rendah..
Nabi kata, bila kita dimasukkan ke
dalam kubur..badan kita bersandar dengan batu, dengan tanah, dengan kain
kapan..akhirnya dihadapkan ke arah kiblat, dibuka muka kita, pipi kita ni kena
tanah..duduk dalam kubur menghadap kiblat..
Isteri dok menangis, suami menangis,
anak-anak menangis..lepas tu diambil papan, tutup..tanah pun diturunkan
perlahan-lahan..bila dah sampai separuh kubur, tukang kubur pun naik melompat
ke atas. Bila melompat naik ke atas, tutup! Dipijak2nya kubur..
Nabi kata bila berpaling sahaja muka
orang yang menghantar kamu ke belakang dari kubur, kamu mendengar tapak kasut
orang balik. Kita dengar tapak kasut mereka..derap2 deru, derap2 deru mereka
kita dengar. Maka pada masa itulah..roh kita akan duduk..duduknya roh dan kaki
melunjur. Tegak badan..
Maka pada masa itulah, dia panggil
orang2 yang hantar dia..kalau isteri hantar, dia panggil isteri die..
"Pah..takkan tinggalkan abg, Pah..kata nak sehidup semati,
Pah.."..Pah tak dengar. Pah bawak cerek dengan daun pandan balik..sambil
dok lap air mata.. Syg macam mana isterinya pun, dia balik.. Suami dia panggil
"Pah, jangan balik, Pah..tunggu abg Pah.." Dia tak kisah. Dia balik.
Satgi dia nampak anak-anak dia balik.
Dia panggil anak-anak dia. Anak-anak dia tak dengar. Selepas mereka beredar
sahaja, datanglah dua malaikat. Yang hitam kedua2nya. Yang biru kedua2nya. Kita
panggil blue black.. Dan kamu dengar derap kaki dia lebih kuat daripada derap
kaki orang yang balik tadi.. Siap dengar rantai yang dia bawak lagi tu.. Lagi
menggerunkan...
Yg tak pernah senyum, yg tak pernah ketawa..dia masuuuk terus menghadap kepada kamu. Dan terus memanggil kamu "Hai manusia".. Dia tak kata dah Hai ustaz.. Dia tak sebut wahai datuk seri. Tidak.. Dia tak sebut wahai tuanku.. Tidak.. Dr.. Dia tak sebut dah. Malaikat pun tak kenal kita. Malaikat tak panggil hajjah, haji.. Die panggil "Hai manusia"..

"Hai manusia..apa pendapat kamu
tentang Muhammad bin Abdullah". Itu soalan dia. Maka manusia tadi menjawab
"Dia itu adalah hamba Allah, dia adalah pesuruh Allah..aku bersaksi tiada
Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah." Kalau itu lah
jawapan dia, selamat kita..dia tak tanya lagi, Marobbuka, Manabiyuka..dia tak
tanya lagi..soalan pertama, apa pendapatmu..tentang Muhammad bin Abdullah.
Lepas soalan ini, maka lepaslah
soalan lain. Maka malaikat tadi dengar apa yang kita jawab, malaikat kata
"Kami tahu dah kamu akan jawab macam itu..saaaja kami tanya.."
"Nak pastikan bahawa kamu ni orang yang baik." Maka kata malaikat
kepada lelaki tadi, "Tidurlah kamu di dalam kubur ini macam tidurnya
pengantin."
Maka ahli kubur tadi berkata
"Pulangkan aku balik ke dunia..aku nak balik kepada keluarga aku. Aku nak
bagitahu keadaan aku dalam kubur. Tolong hantarkan aku balik." Rayu si
mati kepada malaikat.
Rupanya orang mati ni nak mintak
balik. Bukan nak makan nasi briyani gam.. Bukan balik nak tengok tv.. Bukan.
Dia balik ni sebab nak bagitahu kat anak2 dia sembahyang lah.. "Wahai
anak-anakku, sembahyang.. Wahai isteri-isteriku, sembahyang.. Wahai suamiku,
sembahyang.." Dia nak bagitahu yg itu..Tapi malaikat kata "Tak boleh
balik dah. Kamu sekarang berada di alam barzakh. Kamu tak boleh campur dengan
alam dunia"..
Kalau kamu orang yang baik kata Nabi, akan diluaskan kubur tujuh puluh hasta, dilebarkan tujuh puluh hasta dan dicerahkan kubur kamu.
Tetapi biarpun mayat tak boleh khabarkan kepada kita, Nabi dah khabarkan pada kita. Itulah untungnya kita jadi umat Nabi Muhammad saw. Kalau kamu nak 70 hasta, kalau kamu nak cerah dalam kubur, ini amalan yg kamu kena buat. Kalau kamu nak gelap dalam kubur, kalau kamu nak tulang rangka kamu berselisih, ini amalan yg kamu kena buat. Semuanya bergantung di tangan kamu. Madu di tangan kanan, racun di tangan kiri. Pilihlah mana yg kamu nak buat.
Sesungguhnya bekalan yg paling baik adalah taqwa.

Jagalah solat
kamu...
-Ustaz Kazim Elias-
-Ustaz Kazim Elias-