Bridal: Pelamin & MUA Kuantan

Lapan bulan yang lalu...

Pelamin Nikah.
White-Fresh Green.
Because I love all the elements.
Fresh, simple yet elegance.






Pelamin nikah ni aku request bunga baby breath tapi bunga tu limited dan susah dicari dan mahal.
Jadi Bridal ushakan cari yang ala-ala baby breath & lavender
Memang stunning. Guests sume cakap pelamin cantik.

Pelamin Sanding
Dewan outdoor.
Soft colour.
Simple & tak tenggelamkan pengantin






Pelamin sanding ni yang paling aku suka eleman nature.
Backdrop langsir kat belakang tu terbuai-buai bila ditiup angin petang.
Nampak dan rasa aman.
Dalam gambar pun view jadi cantik.

Make up nikah.
Cukup-cukup je sesuai dengan warna kulit.
Simple dan tak over sesuai untuk nikah.


Make up sanding.
Bridal buat over sikit dari nikah tapi still nampak fresh.
Guests and family semua puji make up mak andam tak hilangkan rupa sebenar aku haha.
If u know what I mean.


Ada bridal yang make up kadang-kadang over sampai mengubah wajah sebenar.
Yang cantik ok la yang kurang cantik pun ada.
Yang paling susah untuk dipenuhi ialah kening.
Ada yg buat tebal ala-ala elfira loy.
Ada yang buat nipis senipis patung porcelein.
Tapi MUA aku ni, cukup-cukup je.
Kening tak ubah apapun.
Pendek kata, memuaskan hati make up nya.
-------------------------------------------------------------------------------------
Pakej:
Pelamin sanding dewan
Pelamin nikah rumah
Meja nikah
Bantal nikah 2x
Make up nikah
Make up sanding
Hiasan meja makan beradab
Pintu gerbang
Baju sanding L + P & aksesori
Bunga tangan fresh flower
Red Carpet
Add on:
Photographer 2 days event indoor outdoor (RM800)

Pakej diatas ialah pakej dewan.
Korang yang nak kawen aku berani cakap 
bridal akan quote RM7000
Ada yang quote RM5000
Sebab aku dah lalui. Hehe.
Dalam 7ribu dan 5ribu ni, banyak benda yang aku tak nak sebab dewan yang aku sewa dah ada semua kelengkapan.
Tapi dah nama pun pakej. Guna ke tak tetap kena ambil.
Tolak barang yang tak nak pun diorang cuma boleh kurangkan RM100
Well, nak buat apa sampai 7ribu?
Jadi aku bagi 1 bajet dan apa yg aku perlukan.
Ada bridal yang tolak mentah-mentah.
Ada bridal yang bagi harga pakej kanopi untuk dewan aku.
Aku tak kisah. Yang aku kisahkan ialah harga.
Pakej kanopi RM4800
Kau rasa? Aku rasa tak berbaloi.
Tetiba takdir membawa aku kepada seorang bridal ni.
Aku cerita apa yang aku dah ada, apa yang aku nak dan bajet aku.
Setelah berbincang, aku dapat harga yang in budget.
RM3200
Bagi aku ini masih mahal. Yang murah ialah 1500 haha.
Tapi kau kena ingat bridal tu pun cari makan.
Sekarang fotografer 1day event sahaja pun dah 1500.
Jadi, nilai la sendiri.
Mungkin pelamin aku bukan taste orang lain.
Tapi make up, outfit, ehsan dan kerjasama aku boleh jamin terbaik.
Aku suka bekerja dengan diorang.
Yang nak kawen area kuantan, temerloh, jengka, kemaman,
boleh contact Kak eryn 011-26099395
InsyaAllah Kak Eryn boleh diajak berbincang :)

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Caesar (Czer) di Hospital Sungai Buloh

Bersalin Caesar (Czer): Suntikan Heparin

Pengalaman Bersalin Czer Kali Kedua: Kuasa Naluri Seorang Ibu