Veterinar / Klinik Haiwan Murah Shah Alam
Socky. Female 2y.
Dia ni pernah hilang 5 hari
ntah pergi mana. Cari tak jumpa, panggil tak datang. Ingat dah kena culik dah
sebab dia memang tak pernah pergi jauh. Penakut ya amat.
Satu hari tu dia balik berdarah montot. Sudahh..
kau beranak kat mana socky? Eh tak taupun kau pregnant. Tapi kucing ni kalau
beranak kat mana-mana mesti bising punya nk pegi kat anak dia kan. Tapi socky
tak dia relax je tapi nampak la tak bermaya tu. Aku dah fikir ntah-ntah dia
miscarriage. Takpun buasir. Aku biar dulu. Risau tapi tak nak kalut. Observe
je dulu.
Husband mandikan dia bagi bersih. Darah pun dah
takde. Sekali tu je keluar. Tapi bila tengok
makin lama makin teruk. Darah dah takde, nanah pulak keluar. Non stop. Kurang makan
dan badan menggigil. Aktif langsung la tak.
Sah la dia ni memang tak sihat.
Bawak pegi vet. Doc cakap itu dari saluran peranakan
yang infected.
Huh? Dari mana pulak dapat infection tu.
Vaksin dah complete pun infected jugak.
Mungkin dia berhibur dengan stray yg tak vaksin ni.
Doc suggest 2 cara. Satu treat dengan antibiotic
& monitor sendiri 3 hari cost to RM100. Tapi kalau masih tak ok kena
operate buang peranakan atau orang panggil mandulkan (neuter) iaitu spay for
female. Cara kedua ialah operate spay terus. Tapi disebabkan dia dah lemah dan
risiko adalah dia takkan survive dengan ubat bius, terpaksa drip dulu dan
monitor 24h. Siap drip kat tangan macam manusia tu. Kalau ok baru doc operate. Oleh
kerana ini dipanggil emergency surgery, drip ubat + operate (surgery, bius,
reverse bius) + warded 3 hari, total kos adalah RM450. Normal spay selalu 150 je
termasuk 3 hari 2 malam warded.
450, nilai tu bukan sikit for me yang expecting
a baby ni. Hu.
Tapi socky memang lemah. Dia la paling tak suka
orang asing pegang dia.
Kalau pergi vet tu sedaya upaya dia sorok muka bawah
penimbang tapi kali ni bawak dia diam redha je. Mungkin takde tenaga nak lari.
Bunyi
meow satu perkataan pun tak dengar sejak dari dalam kereta lagi.
Fikir punya
fikir, dah kita bela dia takkan nak biar dia sakit pulak?
Tapi mengenangkan
risiko bius yang doc dah terangkan tadi aku jadi takut.
Takut dia tak survive. Takut
dia sakit kena drip. Macam-macam lagi la.
Tapi kalau nak amik option no 1,
dia
dah la takde selera makan inikan pulak nak suap ubat.
Pastu kalau infection
teruk ubat tak jalan jadi double cost mana nak cekau duit lagi.
Lepas 15minit duduk kat lobi klinik tu, aku
decide amik cara kedua. Atleast aku tahu dia ditangan yang boleh dipercayai dan
nyawa dapat diselamatkan. Aku nak tengok dia sihat dan aktif balik. Dengan berat
hati aku sign borang kebenaran bius. Doc terangkan semula satu persatu risiko
bius. Tapi dia tetap amik precaution. Incase badan tak boleh terima bius doc
akan reverse balik ubat bagi dia sedar. Dan macam tu jugak kalau dia ok dengan
surgery, doc akan terus sedarkan dia after that. Normal operation spay biasanya
doc biar ubat hilang sendiri tapi sebab ini emergency dan risky surgery itu
langkah yang perlu diambil. Aku pun sign. Lepas tu aku dan husband usap2 dia,
cium2 dia, kami pun keluar tinggalkan dia dengan doa dia tidak merasa sakit
sepanjang proses sebelum semasa mahupun sesudah surgery..
Empat hari kemudian, doc telefon aku, cakap
everything went well. Dia berjaya face the process dan the good thing is dia
dah start makan. Alhamdulillah.. petang tu aku rush pegi klinik pick up socky. Doc
cerita keadaan peranakan dia memang dah worst. Bengkak dan penuh nanah. Kalau aku
amik 1st option haritu pun memang tak jalan sebab dah fully
infected.
Balik tu aku cage dia sebab luka jahit belum
baik lagi. Masa tu la baru dengar suara dia yg asal. Bisingnye mintak keluar. Siap gigit-gigit lagi nak cabut balut IV drip kat tangan tu. Tahulah
aku dia dah sihat. Hu. Alhamdulillah sekarang dah ok. Dah kembali kuat makan maybe
nak gain weight balik dan biasala aktiviti memanjat pagar diteruskan.
Vet yang aku pergi ni, highly recommended. Dari
consultation, medication sampai surgery semua affordable.
Spay (Female) + 3h 2m warded = RM150
Castration (Male) + 3h 2m warded = RM80
Vaksin = RM30
Kalau demam, selsema, doc takkan burden kau
dengan cost. Kalau demam dia bagi ubat demam. Kalau selsema dia bagi ubat
selsema dgn antibiotic. Takdenya dia bagi vitamin C la, Vitamin E la, ubat kutu
la, ubat coat bagai tanpa persetujuan ataupun permintaan kau sendiri. Dia tak
memaksa malah bagi option lagi macam dalam kes socky sebab dia tahu tak semua
orang mampu afford ratus-ratus. Doc ni pada mata aku, dia possessed and
obsessed dengan job dia. Dia memang sayang kucing. Orangnya pun lemah lembut
je. Bukan bisness and money matter semata. Kalau tak percaya boleh bandingkan
harga. Fio pun neuter kat klinik ni.
Big thanks to Dr Farah (if im not mistaken her
name) !
(Area econsave Puncak Alam/Berdepan dengan
Jotun)
03-6039 1580