Tidakkan Pernah Kita Bersedia Untuk Satu Kehilangan

Harini ini, abang nampak sayang.
Abang nampak sayang tengok tv. Abang nampak sayang pandang abang.
Abang nampak sayang senyum pada abang.

Tadi, sayang masak makan malam untuk abang.
Lauk kegemaran abang. Tak sedap pun abang telan je diam-diam.
Kalau sedap lagi la bertambah-tambah nasi.

Semalam kita bergaduh.
Abang marah sayang. Sayang merajuk.
Abang bukan tak nak pujuk tapi abang tak reti pujuk.
Sayang pun buat tak tahu je. Layan jugak makan pakai abang macam biasa.
Takpela tak nak terbawak-bawak perasaan marah.
Abang boleh mintak maaf bila-bila sayang dah sejuk nanti.

Selalu sayang cium tangan abang, cium pipi abang. Mintak abang cium pipi sayang.
Kadang-kadang abang penat. Abang cakap nanti la. Tapi senyap-senyap bila sayang dah tidur abang cium pipi. Abang ego tapi comel.

Sayang tahu bila abang takde duit. Jadi sayang jimat-jimat duit sendiri supaya abang tak risau. Kalau ada lebih sayang bagi tapi abang selalu tolak. Selalu abang usaha dapatkan ikut lain. Abang taknak sayang sama susah. Tapi susah jugak. Susah hati. Kalau kita jauh, sayang makan, sayang fikir abang kat sana makan apa. Sayang minum sayang pikir abang minum apa harini.

Setiap kali gaji sayang bukak online banking, sayang tenung jumlah tu sambil ucap Alhamdulillah. Jumlah tu banyak tapi berkat ke? Mana tau pernah ada khilaf. Sambil tenung, sayang niat dan doa lagi “engkau cukupkanlah gajiku bulan ini.” Sayang bukak fb cari orang share siapa-siapa yang memerlukan bantuan. Sayang tarik sikit dari gaji buat derma dengan niatkan atas nama abang dengan sayang. Dengan doa akan bertambah rezeki supaya dapat sedekah lagi, supaya dapat tolong abang atau sekurang-kurangnya tak susahkan abang.

Dalam solat sayang tak lupa doa untuk abang. Biar Allah Nampak susah abang, biar Allah ikhlaskan hati abang dalam bekerja dan memberi. Biar berkat usaha dan titik peluh abang. Supaya lapang hati abang biarpun hari-hari tu adalah hari yang memenatkan. Supaya rezeki yang abang bawak balik akan sentiasa cukup dan berkatnya berpanjangan.

Bila abang jauh, abang tak lupa call. Abang tak lupa pesan suruh solat. Abang tak lupa tanya dah makan ke belum. Bila kita jauh, kita boleh whatsapp cakap rindu-rindu. Sayang tanya bila abang nak balik, abang boleh jawab siap kerja abang balik.

Setiap kali nak tidur abang boleh pandang muka sayang, sayang pandang muka abang. Dengan harapan dapat mimpi yang indah-indah. Setiap kali bangun tidur, terasa lapang bila Nampak orang tersayang ada kat sebelah. Boleh picit hidung, boleh cubit pipi, boleh tenung lama.

Itula sayang dan abang yang sentiasa ada satu sama lain. Waktu susah, waktu senang, waktu sibuk, waktu lapang. Abang boleh usik sayang, sayang boleh marah abang. Waktu sedih menangis, waktu gembira ketawa. Apa saja kita boleh kongsikan sama-sama. Terasa kita punyai masa yang panjang untuk kita nikmati sama-sama. Abang ada hari-hari untuk sayang, sayang ada hari-hari untuk abang. Seakan waktu yang indah itu terus berputar. Kelmarin berjalan pimpin tangan dengan abang. Semalam sayang senyum pada abang. Harini kita main merajuk-merajuk pulak.
Ada sakit. Tapi tetap bahagia.

Sehinggalah... Waktu itu terhenti.

Masih bolehkah abang nampak senyum sayang?
Masih berjawabkah andai sayang tanya bila abang nak balik?
Masihkah ada yang menenangkan sayang?
Masihkah ada yang mendoakan abang?
Masihkah kita ada satu sama lain bila terjaga dari tidur?
Masihkah sempat untuk kita memohon ampun atas khilaf satu sama lain?
Percayalah, kita terlalu lemah untuk merasa kehilangan.

Namun,
Sesungguhnya Dialah sebaik-baik perancang dan penentu.

Ya Allah, berilah kami peluang hidup bersama-sama, tua bersama-sama.
Engkau ambillah nyawa kami bila saatnya cukup bekalan kami untuk bertemu kembali di syurga Mu..

Buat semua yang bergelar suami. Buat semua yang bergelar isteri.
Kalau mak kata mak kenal sangat anak mak. Kalau ayah kata ayah masak sangat perangai anak. Kalau abang kakak adik cakap aku kenal la dia tu macam mana. Abang aku. Sebenarnya mak ayah abang kakak adik tak cukup kenal kita sedalam suami, isteri sendiri. Luar dalam, baik buruk, lawa tak senonoh, semua suami isteri je yang tahu satu sama lain.

Buat suami, ciumlah isteri selagi punyai waktu.
Buat isteri, peluklah suami selagi ada hayat.

Terima kasih Allah kerana menghadirkan seseorang yang
menyedarkan kami tentang sesuatu.
Al-fatihah..


Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Caesar (Czer) di Hospital Sungai Buloh

Bersalin Caesar (Czer): Suntikan Heparin

Pengalaman Bersalin Czer Kali Kedua: Kuasa Naluri Seorang Ibu