Teater Night Out


"Dulu atau sekarang sekalipun, kekejaman sering berlaku..."

LELA MANJA kisah tentang perjalanan hidup dua beradik yatim yang menjadi kekejaman ibu tiri ketika si ayah keluar berdagang atau bekerja untuk Raja.




Selain dipaksa bekerja berat, mereka turut tidak diberi makan dan diberi pakaian yang buruk-buruk.
Lela dan manja dipukul, diseksa dan dimaki hamun oleh Dang Suri si ibu tiri saban hari.



Lela dan Manja hanya berpakaian cantik jika bapa mereka pulang dari tugasan. Manja cuba memberitahu bapa mereka, Sang Naka tentang apa yang dilakukan Dang Suri terhadap mereka tetapi Dang Suri pantas mengalihkan perhatian Sang Naka. Ini memberi seribu satu rasa kesedihan terhadap mereka dua beradik. Hadiah yang dibawa pulang oleh bapa mereka dari Pasai langsung tidak mengubati kelukaan.




Kemuncak kekejaman Dang Suri ialah apabila Sang Naka menangkap kecurangan Dang Suri bersama teman baiknya Datuk Megat Sura.
"Harapkan pagar, pagar makan padi!"
Lalu masing-masing pun membuka bunga silat dan berlaku lah pertarungan antara dua sahabat. Akhirnya Sang Naka terbunuh dihujung keris Megat Sura. Lela dan Manja yang menyaksikan pembunuhan bapa mereka lantas melarikan diri ke dalam hutan apabila turut mahu dibunuh oleh Dang Suri kerana menjadi saksi.
Di tepi sungai dalam hutan mereka menemui sebuah perahu. Manja lantas menaiki perahu tersebut dan disusuli oleh Lela namun malangnya Lela tergelincir tanpa sempat menaiki perahu dan perahu terus dihanyut arus bersama Manja. Terpisah la mereka dua beradik.



Nasib menyebelahi Lela apabila terserempak dengan raja yang sedang berburu.
Ini membawa kepada sebuah pembongkaran kejahatan.



Raja dan pengikut sempat menahan Megat Sura dan Dang Suri ketika mereka cuba meneggelamkan mayat Sang Naka ke dasar sungai sebagai cubaan menutup kesalahan.
Oleh kerana Sang Naka disayangi raja dan Megat Sura juga orang kepercayaan raja, lalu raja menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Megat Sura kerana melakukan onar dan kuburnya dibiar tidak bertanda. Manakala Dang Suri diikat pada pokok, tubuhnya dikelar-kelar dan ditinggalkan begitu sahaja.



 Ini membangkitkan dendam Megat Komeng, anak si Megat Sura terhadap Raja.
Selaku pengiring anak raja, si Raja Muda, Megat Komeng menggunakan kelebihan itu untuk merancang pembalasan dendam demi bapanya dengan sokongan orang kuatnya, Panglima Harimau Berantai. Manakala Lela diambil sebagai anak angkat Raja.



Dua belas tahun kemudian, membesarlah Lela disisi Raja dan Raja Muda.
Bahagia namun kenangan sentiasa terhadap adiknya yang hilang.



Dalam masa yang sama 12 tahun lalu ketika hanyut, Manja diselamatkan oleh seseorang dan dibawa tinggal di sebuah gua.
Di dalam gua, dia diajar silat sehingga membesar menjadi seorang pahlawan yang handal bersilat dan bertarung.
Dia kembali pulang ke kampung halaman sebagai seorang yang gagah dan tampan ketika kemelut rampasan kuasa Megat Komeng sedang bermula iaitu apabila kemangkatan baginda sultan dan pertabalan Raja Muda pengganti sultan.
Bermodalkan penipuan bahawa raja membunuh ayahnya yang tidak bersalah pada 12tahun lalu, Megat Komeng menghasut penduduk kampung untuk menyokongnya termasuklah Manja yang tidak tahu menahu kerana baru tiba di kampung ketika itu.



Megat Komeng merampas istana  dan melantik diri menjadi raja, Megat Komeng Dewa Maharaja.
Panglima Harimau Berantai dan Manja dilantik menjadi orang kiri dan kanannya.
Niat untuk mebunuh Raja Muda terbantut apabila Raja sempat melarikan diri bersama pengikut setia dan juga Lela. Ini mengundang marah Komeng lalu mengarahkan 5 nyawa penduduk kampung diambil setiap hari sehingga raja ditemui.
Manja yang tidak bersetuju dalam diam dengan arahan itu menawarkan diri untuk mencari Raja secepat mungkin.



Ketika inilah dia bertemu kembali dengan kakaknya Lela.
Lalu bertaut kembali kasih yang terpisah 12 tahun.

Mereka kembali keistana dengan Raja dan pengikut sebagai tahanan.
Dan ketika Komeng mula melaksanakan hukuman terhadap raja, berlaku la pertarungan hebat.
Rupanya itu hanyalah rancangan bijak Manja untuk menghukum Komeng dan pengikut kerana menipu dan menghasut.

Nyawa Megat Komeng berakhir ditangan Manja dihujung alat pemancung kepala iaitu alat yang sama diguna Komeng membunuh penduduk yang tidak bersalah. Tergolekla kepalanya hingga kelantai. Raja lantas memberi peluang kepada pengikut komeng dan penduduk yang pernah bersekongkol dengan komeng untuk kembali taat dan diampunkan.

"Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!"
Penduduk merafak sembah tanda kembali taat.

"Lela! Manja!"
Secara tiba-tiba muncul seorang nenek buruk rupanya menghunus pisau untuk menikan Lela dan Manja. Rupanya Dang Suri masih hidup dibela Komeng selama ini dengan dendam dan kebencian terhadap anak-anak tirinya. Namun belum pun sempat menapak hampir, nyawanya habis ditentukan takdir.

- Tamat -





Teraju Utama.
Baginda Raja, Megat Komeng (Jay Iswazir), Sang Naka (Shahronizam Noor) Raja Muda (Hafidz Roshdi), Dang Suri (Nabila Huda), Mawar, Manja kanak-kanak (Wafiy), Manja dewasa (Aeril Zafrel), Lela dewasa (Sari Yanti), Lela kanak-kanak (Izzya Reen), Megat Sura (Rashdan Baba), Panglima Harimau Berantai (Syazwan Zulkifli)


  
-view dari seat kami-

Tips kalau nak tengok teater yang best dan tak mengecewakan, tengoklah cerita klasik dan cerita rakyat. Set pementasan yang mewah, tarian tradisional pegang guni la, lilin la, tampi beras la, dan ofkos bunga silat, lawan pedang & tombak siap guling sana sini.
Kalau tengok wayang ada CGI. Teater pun ada CGI nya.
CGInya unik seunik magic. Live kan.
Macam mana mereka memanipulasikan mata waktu Manja kanak-kanak melompat bersilat, pap bertukar jadi Manja dewasa. Macam mana 1 pentas tapi 9-10 latar belakang berbeza dan bertukar-tukar.
Sebenarnya bukanlah manipulasi mata tapi kecekapan penggunaan peralatan.
Atas bawah depan belakang kiri kanan dewan semua berfungsi. Dewan ye bukan pentas semata-mata. Tiba-tiba raja berarak dari belakang seat kau. Hu.
Jadi, itulah aktiviti dating husband-wife kami. :)

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin Caesar (Czer) di Hospital Sungai Buloh

Bersalin Caesar (Czer): Suntikan Heparin

Pengalaman Bersalin Czer Kali Kedua: Kuasa Naluri Seorang Ibu