Aug 23, 2013

Pada cerita raya itu


Dalam pada kenagan syawal tahun lepas belum dilupa,

berjumpa lagi kita dengan aidilfitri tahun ni..
alhamdulillah, semuanya lancar mengikut kemampuan sendiri.
walaupun nenek aku dah takde,
walau rumah tinggalan arwah ditinggal kosong tak berpenghuni,
kitorang masih lagi ramai-ramai berkumpul kat rumah tu.
hati sayu je..raya kali ni lain sangat rasenye..
macam org lain, pagi raya ziarah kubur mereka2 yg dah tiada.
macam tu jugak la kami semua sepupu sepapat.
mungkin semua berkongsi perasaan yg sama?
yang pasti tahun ni, tradisi menganyam dan masak ketupat jugak dah lain. selalunya nenek la yg buat tapi kali ni anak cucu arwah la yg kena teruskan sendiri..
dan yg paling terasa, tahun ni takde rempeyek homemade..
eh, sedih2 plak kite..
cerita pasal rumah yg ditinggalkan tu,
tau ape yg khazanah yg dijumpai?
ha kau telur ayam dalam almari, sarang burung atas tilam, tak dilupa jugak kulit ular dlm gulungan karpet..
mak aihh.. kecoh tak semena.. HAHA 
malam raya aku adalah malam misi mengemas rumah sambil ditemani hujan mercun dan meriam buluh yg diusahakan oleh sepupu-sepupu yg tak padan dengan bapak orang..
walau macam sedikit lambat gitu, sebelum habis Syawal, 
nak jugele kite selit ucapan.. 
Selamat Hari Raya Aidilfitri kawan-kawan.. !