Jul 21, 2016


Things make me can't wait to see you



::FnNplus

Jul 19, 2016

Ukuran Sebenar Dapur Seorang Wanita



“Goreng ikan pun tak reti. Ada hati nak kawen..”
Kata orang tua-tua melayu.

Kenapa? Kawen tu sebab nak goreng ikan je ke?
Lagi satu, benda boleh belajar kot.

Haa melawan ye melawan.

Kamon. Takkan goreng ikan pun tak tau. Bagi ikan tu bersih2 dulu, sprinkle dengan garam sikit and kunyit pastu baringkan die dalam minyak panas. Ingat aku tak tau ke. Aku tau the process tapi aku tak tau camne nak indicate dia like, eh ni dah masak ke belum. Belum kot kena tunggu lagi. 3 minit lepas tu, eh dah ke belum ni. Dan begitu la perang dalaman sehinggalah ikan tu rentung. Kahkah!

Maksud tersirat dari kata-kata orang tua-tua tu sebenarnya ialah memasak. Kalau sesimple ikan goreng pun taktau apetah lagi ayam masak lomak cili padi, bawal masak 3 rasa segala. Cemana nak bagi anak & laki kau makan kalau tak reti masak. Takkan nak bagi makan bubur berlaukkan ikan bilis goreng 365 hari sebab tak tau masak. Gitu..

Tu mentality aku sebelum kawen. Memang memasak ni jarang sekali. Masak pun kadang jadi kadang failed walaupun masak benda yg sama banyak kali. Hu.
Ke-terer-an aku waktu tu hanyalah kek coklat kukus.

Tetibe aku kawen. Dalam keadaan nak siang sotong pun tak reti. Lol.
Dapat pulak suami suka makan masakan rumah. Punah segalanya. Haha.
Like I said, benda boleh belajar. Aku mulakan dengan memasak ayam masak halia. Pehh vavavom kate kau. Gugel je resepi, follow je step by step terus menjadi. Lalu, gugel terus menjadi buku resepi rahsiaku. Lama-lama tak rahsia dah bila asal nak masak je laki aku nampak aku pegang fon. Kahkah!

Dari ayam masak halia, ayam masak merah, daging paprik, daging masak merah, ayam masak lemak cili padi, u name it semua aku dah boleh dengan gugel sampailah dah tak payah gugel lagi dah. Pejam mata, campak je barang-barang, siap dan sedap. Berlagak. Haha. Kecuali nasi ayam. Nasi ayam ada resepi rahsia dari mak. Hehe. Dari malas nak pikir pasal masak sampai aku rase suka nak try macam2 jenis masakan. Suami pulak jenis yg,

“abang, nak masak ape ye harini”
“masak je la pape..”

Itula kesusahan tahap merunsingkan. Nak masak apa.
Lalu, sejak itu aku masak je apa-apa yg aku sendiri teringin nak makan.
Dah tak peduli lagi husband punya keinginan memandangkan keinginan dia hanyalah masakanku. Kekeke.

Lama-kelamaan, sedikit demi sedikit, kehandalan memasak semakin terupgrade. Tambah pulak tengok Food Channel, masakan diorang tempting kau. Secara tak langsung terasa nak try yg susah-susah camtu. Tapi sampai sekarang tak jadi sebab tak kenal bahan diorang di Malaysia ini. Thyme? What’s that? Zuccini? Oh noo. So leligo je la. Baik praktikkan masak rendang tok. Hu.

Alhamdulillah, my cooking become husband’s favourite (hope so haha). Well, back then laki ku la yg ajar cara-cara menyiang sotong dan udang.

Kamon la, bayo hantaran ribu-ribu goreng telur hangus kau dah bising. Kalau kau hebat kau ajar la bini kau goreng telur. Ajar segala jenis masakan yg kau tau kalau kau lebih hebat dari telur hangus. Porahh.
Jadi laki bini sekarang kau tak boleh expect more than or as your mother’s level. Sama-sama bekerjaya, sama-sama jugak bekerja dirumah.
Like my husband. Tu yg aku nak highlight sebenarnya. Ehem.
Ingat kawen pasal goreng ikan goreng telur je ke.
Kerjasama mana? Tolak ansur mana?

Setelah sekian waktu ni, aku dari tak berapa reti masak dah boleh masak sedap. Sedap ok. Boleh mengenyangkan perut sendiri dan perut suami. Namun begitu, setelah pandai memasak pelbagai jenis masakan mak-mak dan desert yang tempting sehingga terasa berlagak, up till now aku masih failed goreng ikan. Hahaha. Everytime goreng ikan aku akan,
“abang, kalau macam ni dah masak ke?” Up till now. Lol.

Ukuran dapur seorang perempuan adalah dengan melihat sebesar mana usaha dan keinginannya untuk belajar memasak. Aicewahh.