Posts

Showing posts from August, 2016

Tidakkan Pernah Kita Bersedia Untuk Satu Kehilangan

Image
Harini ini, abang nampak sayang. Abang nampak sayang tengok tv. Abang nampak sayang pandang abang. Abang nampak sayang senyum pada abang. Tadi, sayang masak makan malam untuk abang. Lauk kegemaran abang. Tak sedap pun abang telan je diam-diam. Kalau sedap lagi la bertambah-tambah nasi. Semalam kita bergaduh. Abang marah sayang. Sayang merajuk. Abang bukan tak nak pujuk tapi abang tak reti pujuk. Sayang pun buat tak tahu je. Layan jugak makan pakai abang macam biasa. Takpela tak nak terbawak-bawak perasaan marah. Abang boleh mintak maaf bila-bila sayang dah sejuk nanti. Selalu sayang cium tangan abang, cium pipi abang. Mintak abang cium pipi sayang. Kadang-kadang abang penat. Abang cakap nanti la. Tapi senyap-senyap bila sayang dah tidur abang cium pipi. Abang ego tapi comel. Sayang tahu bila abang takde duit. Jadi sayang jimat-jimat duit sendiri supaya abang tak risau. Kalau ada lebih sayang bagi tapi abang selalu tolak. Selalu abang usaha dapatkan

Apabila Telah Dipanggil Kubur...

Teringat pesan mak aku.. kalau mak n ayah dah tiada nanti..selepas kebumian jangan balik lagi..tunggu la 10-15 minit kerana masa itu malaikat akan datang..jika masih ada anaknya di atas kubur.. malaikat itu akan tanya kepada arwah dengan nada yang rendah.. Nabi kata, bila kita dimasukkan ke dalam kubur..badan kita bersandar dengan batu, dengan tanah, dengan kain kapan..akhirnya dihadapkan ke arah kiblat, dibuka muka kita, pipi kita ni kena tanah..duduk dalam kubur menghadap kiblat.. Isteri dok menangis, suami menangis, anak-anak menangis..lepas tu diambil papan, tutup..tanah pun diturunkan perlahan-lahan..bila dah sampai separuh kubur, tukang kubur pun naik melompat ke atas. Bila melompat naik ke atas, tutup! Dipijak2nya kubur.. Nabi kata bila berpaling sahaja muka orang yang menghantar kamu ke belakang dari kubur, kamu mendengar tapak kasut orang balik. Kita dengar tapak kasut mereka..derap2 deru, derap2 deru mereka kita dengar. Maka pada masa itulah..roh kita akan duduk..duduk

Veterinar / Klinik Haiwan Murah Shah Alam

Image
Socky. Female 2y. Dia ni pernah hilang 5 hari ntah pergi mana. Cari tak jumpa, panggil tak datang. Ingat dah kena culik dah sebab dia memang tak pernah pergi jauh. Penakut ya amat. Satu hari tu dia balik berdarah montot. Sudahh.. kau beranak kat mana socky? Eh tak taupun kau pregnant. Tapi kucing ni kalau beranak kat mana-mana mesti bising punya nk pegi kat anak dia kan. Tapi socky tak dia relax je tapi nampak la tak bermaya tu. Aku dah fikir ntah-ntah dia miscarriage. Takpun buasir. Aku biar dulu. Risau tapi tak nak kalut. Observe je dulu. Husband mandikan dia bagi bersih. Darah pun dah takde. Sekali tu je keluar. Tapi  bila tengok makin lama makin teruk. Darah dah takde, nanah pulak keluar. Non stop. Kurang makan dan badan menggigil. Aktif langsung la tak. Sah la dia ni memang tak sihat. Bawak pegi vet. Doc cakap itu dari saluran peranakan yang infected. Huh? Dari mana pulak dapat infection tu. Vaksin dah complete pun infected jugak. Mungkin dia berhibur deng
Image
Percintaan bermula apabila seseorang menerima kisah hidup kita menjadi sebahagian dari hidupnya dan kita menerima kisahnya sebagai sebahagian dari hidup kita

Photographer Murah Kuantan

Image
Photographer dalam majlis perkahwinan adalah penting. Kenapa penting? Sebab itula satu-satunya sumber memori dan kenangan yang boleh dipercayai. Keluarga dan Kawan-kawan pun snap gambar jugak. Nanti boleh gather balik semua gambar. Boleh. Tapi apakah kualiti dan pencahayaannya memuaskan hati? Kejap lagi gambar semua tutup mata. Takpun mata merah kena flash. Pastu gambar cantik kau pulak tak pandang kamera sebab banyak sangat kamera tala kat kau dalam satu masa. Dah nak pandang yang mana satu ni. Haha ini permandangan biasa. Belum lagi susahnya nak dapat kumpul dari semua orang. Photographer adalah satu-satunya orang yang berhak pegang kamera waktu majlis. Orang lain nak amik gambar pun boleh serah henfon kat fotografer. Dan fotografer yang bagus ialah yang membantu pengantin untuk berposing. Almaklumla time tu la nak kaku. Time tu la malu-malu plak kan. Cameraman (2orang) Editing Photobook Photoframe CD softcopy Indoor + outdoor 1 day event Kebiasaannya h

Bridal: Pelamin & MUA Kuantan

Image
Lapan bulan yang lalu... Pelamin Nikah. White-Fresh Green. Because I love all the elements. Fresh, simple yet elegance. Pelamin nikah ni aku request bunga baby breath tapi bunga tu limited dan susah dicari dan mahal. Jadi Bridal ushakan cari yang ala-ala baby breath & lavender Memang stunning. Guests sume cakap pelamin cantik. Pelamin Sanding Dewan outdoor. Soft colour. Simple & tak tenggelamkan pengantin Pelamin sanding ni yang paling aku suka eleman nature. Backdrop langsir kat belakang tu terbuai-buai bila ditiup angin petang. Nampak dan rasa aman. Dalam gambar pun view jadi cantik. Make up nikah. Cukup-cukup je sesuai dengan warna kulit. Simple dan tak over sesuai untuk nikah. Make up sanding. Bridal buat over sikit dari nikah tapi still nampak fresh. Guests and family semua puji make up mak andam tak hilangkan rupa sebenar aku haha. If u know what I mean. Ada bridal yan

Teater Night Out

Image
"Dulu atau sekarang sekalipun, kekejaman sering berlaku..." LELA MANJA kisah tentang perjalanan hidup dua beradik yatim yang menjadi kekejaman ibu tiri ketika si ayah keluar berdagang atau bekerja untuk Raja. Selain dipaksa bekerja berat, mereka turut tidak diberi makan dan diberi pakaian yang buruk-buruk. Lela dan manja dipukul, diseksa dan dimaki hamun oleh Dang Suri si ibu tiri saban hari. Lela dan Manja hanya berpakaian cantik jika bapa mereka pulang dari tugasan. Manja cuba memberitahu bapa mereka, Sang Naka tentang apa yang dilakukan Dang Suri terhadap mereka tetapi Dang Suri pantas mengalihkan perhatian Sang Naka. Ini memberi seribu satu rasa kesedihan terhadap mereka dua beradik. Hadiah yang dibawa pulang oleh bapa mereka dari Pasai langsung tidak mengubati kelukaan. Kemuncak kekejaman Dang Suri ialah apabila Sang Naka menangkap kecurangan Dang Suri bersama teman baiknya Datuk Megat Sura. "Harapkan pagar, pagar makan padi