Posts

Showing posts from October, 2017

Hati mama bagai dikoyak-koyak..

Image
Pagi selasa tu hujan baru berhenti. Jalan masih basah. Udara masih berkabus. Mama ada appoinment kat hospital sg buloh. Cadangnya farrel mama papa hantar ke rumah BS dulu. Tak nak mengangkut sekali sikecik tu ke hospital. Surrounded with sicks people and confirm lama urusan haritu nanti. Lepas siap semuanya, papa keluar ke kereta dgn farrel dulu. Mama bancuh bekal susu farrel. Sebaik menutup pintu sambil melangkah keluar, terdengar suara farrel meraung diselangi jeritan papa, "Mama cepat, farrel jatuh. Berdarah!" Berdarah...terngiang-ngiang kat telinga mama. Berdarah. Farrel jatuh atas jalan tar. Tak lama untuk mencerna, mama ketepikan dulu semua persoalan. Pantas, farrel bertukar tangan dari papa ke mama. Allahu..muka farrel penuh darah. Dari dahi sampai ke mulut sampai ke tangan sampai ke siku darahnya mengalir. Berselang dengan air matanya. Mama lap darah untuk pastikan mana yg luka. Darah berpunca dari dahi. Titik lukanya. Tisu yg sempat papa tekup pada dahi dh pun lencun.…

Setahun Sudah

Image
Assalamualaikum penghuni pertama rahim mama..
Lahirnya kedunia bersama doa. Dalam bahasa Tuhan yg telah lama mama titipkan. Dia kurniakan kamu kepada mama dengan penuh kesempurnaan. Takkan mama lupa kali pertama mama menatap wajahmu. Matamu, hidungmu, bibir, tangan, kaki, sungguh mama jatuh cinta pada semuanya.
Takkan mama lupa senyuman pertama kamu yg menhilangkan segala kegusaran semalam. Mama bersyukur kamu selamat setelah segala kesulitan dan kemungkinan yg takkan mampu mama bayangkan pun berlaku.
Kini, genap setahun kamu memberi cahaya dalam hidup mama dan papa. Tiada satu saat pun memori yg kamu beri akan mama lupakan. Kalau boleh dilukis mama lukis. Agar tiada satu pn memori yg kan hilang.
Maafkan segala kekurangan mama. Pemberian mama tak pernah kan sempurna buat kamu. Tapi mama kan cuba cukupkan segala seadanya. Agar kamu tak rasa kurang apa pun. Dengan kamu, mama belajar sesuatu. Nikmat yg berbentuk amanah ini, bukan untuk terbebani, bukan tempat meluah amarah, bukan juga untuk …