Posts

Showing posts from January, 2017

Biasakan yang Betul, Betulkan yang Biasa

Biasa parenting norma kita, kita lebih straight forward bila nak halang anak-anak dari buat sesuatu yg salah atau bahaya. Straight forward tu adalah NO atau JANGAN. Menjadi straight forward sebab, tak sempat nak fikir ayat terbaik. Sebenarnya apabila kita kata NO atau JANGAN, 1. Anak hanya dengar ayat selepas perkataan NO atau JANGAN itu. Contoh, “Jangan lari” anak dengar lari. “Jangan sentuh” anak dengar sentuh. “Jangan pukul” anak dengar pukul. Sebab tu lagi kita kata NO, lagi anak buat. Betulkan? 2. NO/JANGAN ini membantutkan perasaan seronok si anak yang ingin mencuba sesuatu. Fasa anak-anak kecil adalah fasa mereka teroka semua perkara disekeliling mereka. Bila kita kata NO atau JANGAN, tanpa sedar kita seakan menghalang mereka bermain. 3. Kita bertambah stress. Setuju atau tidak, kita memang akan rasa stress lepas sebut NO atau JANGAN. Level stress boleh naik sedikit demi sedikit bila kerap sebut NO/JANGAN. 4. Bila kita stress, kita mula marah anak. Dan apabila

Urutan Untuk Bayi

Image
Cuba perlahan-lahan sampai terbiasa :)

Pagi dan Jammed Berpisah Tiada

Image
Pagi hari tak sah jika tak dimulai dengan jammed. (hashtag menyampah) Dan begitulah pemandanganku sepanjang 290 hari. Dan permandangan ini adalah bermula dari keluar pagar rumah. Sepanjang 290 hari ni, 1jam 30minit masa diambil untuk sampai ke ofis dari rumah. Dan berdoalah takde eksiden mahupun hujan. Kalau ada, alamatnya 2-3 jam tak kurang. Boleh makan nasik lemak sambil drive. Confirm. Lagi 70 hari tu clear sebab cuti sekolah. Senyum sampai telinga lah 15 minit je perjalanan. Menyampah tak? Menyampah kan.
Setiap waktu rasaku merindukanmu Terngiang tawa dan tangisan kecilmu saat terpisah sebentar Maafkan mama yang tak selalu disismu Semoga Tuhan melindungimu disetiap saat kau tak dihadapan mataku..

Yang Sempurnakan Aku

Memang. Aku yang kandungkan anak ini. 9 bulan. Lama. Memang aku yang lahirkan dia 3 bulan lepas. Sakit. Sampai sekarang pun masih terasa. Tetapi. Anak aku bukan milik aku. Dia adalah amanah dariNya. Dia milik Allah. Bila-bila masa Allah boleh ambil semula. Jadi. Mengapa aku mengeluh untuk melayan dia tak tidur malam dan mahu bermain. Sedangkan aku selamba layan tv cerita korea sam[ai tengah malam. Jangan aku lupa, anak ini milik Allah, bila-bila masa Dia boleh ambil balik. Mengapa pula aku mengeluh kesal bajunya perlu dibeli lagi. Sedangkan baru sahaja dibeli bulan sudah. Sedangkan ramai lagi ibu bapa teringin hendak beli saiz lebih besar lagi. Apakan daya anak mereka lambat membesar pula. Jadi mengapa aku tak bersyukur dan gembira anak aku mengembang sihat. Mengapa aku mengeluh. Lupakah aku. Anak ini milik Allah. Bila-bila masa Dia boleh ambil balik. Aku mengeluh lemah lagi tidak mampu menyimpan wang di bank. Setiap bulan ada sahaja kehendak dan keperluan anak ini. M

Lagu Tradisional Kanak-Kanak

Mama is gathering children's traditional songs. Hakss! Malay ABC Air Pasang Pagi Anak Ikan Anak Itik Tok Wi Anak Rusa Nani Baju Baru Bangau Oh Bangau Bapaku Pulang Dari Kota Bintang Kecil Buai Laju-laju Burung Kakak Tua Burung-burung Riang Can Mali Can Dengar Pesanan Enjit-enjit semut Geylang Si Paku Geylang Hujan Dah Turun Jong Jong Inai Kalau Rasa Gembira Kereta Api Ku Tanam Pokok Bunga Kucing Saya Labah-labah Lagu tiga kupang Lenggang Kangkung Lompat Si Katak Lompat Nenek-nenek Si Bongkok Tiga Pak Mamat Ada Kebun Rajin Adik Rajin Rasa Sayang Sayang Keluarga Suriram Tepuk Amai-Amai English Doe A Deer Head, Shoulders, Knees and Toes If You're Happy and You Know It Old Macdonald Had a Farm Row Row Your Boat The More We Get Together Twinkle Little Star