Posts

Showing posts from June, 2017

Beraya Dalam Kesederhanaan

Gituuh tajuk mama pilih.. Raya tahun ni lain macam sikit. Persiapannya terasa benar lain. Masa sorang lain, bila berdua lain sikit, bila dah bertiga lagi lain Entahkan perasaan ataupun kos yg mengundang. Hu. Kalau buat check list ni, banyak benda lagi yg tak complete padahal 2 hari lagi nak habis puasa. Like literally, we all cuba melalui bulan ramadhan ni senormal mungkin. Malas nak terlalu fikir persiapan raya melainkan bangun sahur, keluar rumah awal semata-mata nak kejar masa office hour yg berubah, bergaduh dengan jem yg bagaikan double sesak dan dipenghujung hari, fikir nak makan apa berbuka nanti. Itu yg semuanya jadi last minit. Ada la teruja sikit. Tipula takde kan. Farrel la pencetusnya. Hehe. Dari awal tahun sampai dah nak raya, baju & barang2 dia je yg mama teringat nak beli sampai terlupa diri sendiri. Papa? Papa terus lost dalam part servis kereta. Servis itu ini, servis apa yg patut, renew roadtax yg ngam-ngam nak raya la dia nak expired. Kasihan papa.

Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Image
30 April haritu buat aqiqah farrel kat rumah mak ayah. Tarikh cun memandangkan isnin tu cuti labor day. Sebulan sebelum, mama merencana serba sedikit goodies dan pelamin yg simple untuk majlis tersebut. Sticker goodies mama google, edit & print kaler atas kertas sticker. Untuk goodies pulak, cari punya cari ada orang suggest mini pretzel. Sedap katanya. Harga pun affordable. Sesuai la untuk majlis farrel yg simple. Cute & colourfull pretzelnya. Sebulan sebelum majlis, mama lock date by byr deposit. Takut order bertindih katanya. Mengikut perjanjian mereka akan cod 4 hari sebelum majlis. Iaitu sebelum mama balik kampung. Unfortunately, seller cancel order mama di hari cod. Padahal mama dah buat full payment malam tu. Alasan diorang, takde runner yg nak tolong cod dan dia nak balik kampung pd haritu. Runner only available esok malam. Habis, mama ni tak payah balik kampung la? Im wondering how dia arrange runner since 1 month ago. Dah byr deposit lock date suppo

Rezeki Yang Tak Diharap

Sehebat manapun kita mencuba, jika Allah kata belum maka belum lah. Bersungguhlah macam mana pun untuk mengelakkan, jika Allah kata jadi, maka jadilah. Masih segar lagi dalam ingatan ku yg tak berapa nak muda ni, kata-kata seseorang yg terdesak. Dalam intonasi menghina dan memerli, dia berkata-kata tentang anak ketiga dalam kandungannya itu. Niatnya cuma satu, untuk menyakiti hatiku. Dan benarlah niatnya itu berjaya. Aku terkesan. Dan kesannya membawa kepada bicaraku dalam bahasa Tuhan. Tak, aku tak berdoa yg bukan-bukan. Apa jua niat dan laku mereka, biarlah Tuhan shj yg membalasnya. Cukup aku berdoa, “mudah-mudahan aku juga dikurniakan rezeki anak dengan mudah bila aku kahwin nanti”. Oh, dah tentulah doa itu bukan sekali. Bukan usai solat je. Setiap kali terngiang kata-katanya ditelingaku, setiap kali terbayang lakuan mereka di tabir mataku, ketika bekerja, ketika makan, ketika manapun, setiap kali itulah aku titipkan doa rezeki anak tadi. Niat dan doa. Dalam rasa pedih, aku