Posts

Showing posts from April, 2016

Jasamu Kukenang : Mocha

Image
Mocha.. Banyak cabaran dan dugaan, suka dan duka, kenangan pahit dan manis telah kita lalui bersama. Sabar dan setia kau disisiku. Tidak aku lupa petang jumaat yg mencurah hujan lebat, melesapkan sama sekali keyakinanku dalam pemanduan sejauh 300km itu. Setia teguh kau mengimbangi demi memastikan keselamatan kita. Walau hampir mencium besi divider. Maafkan aku. Takkan sama sekali aku lupakan pemanduan tengah hari hening Shah Alam-Kuantan, saat mataku tertutup lelap barang sesaat dua, kau masih mampu berjalan lurus. Pernah juga tayarmu menyapu paku tengah highway LPT, kau tetap bertahan sehingga selamat tiba dirumah. 2jam setengah lamanya kau bertahan. Semuanya demi memastikan aku tak tersadai sendirian di tepian highway. Memori yang paling takkan ku lupa, betapa gagahnya kau meredah banjir tanpa sedar plat no tercabut semata-mata memastikan aku terhindar dari bencana itu. Walhal kemungkinan kau terhanyut arus deras longkang besar tika itu amatlah tinggi. Ter
Image

Pengiraan Gaji Untuk Lulus Loan Kereta

Bayaran ansuran kereta yang nak dibeli hendaklah tidak melebihi (+/-) 1/3 dari gaji bersih anda.  Perlunya guarantor jika bayaran ansuran bulanan melebihi 1/3 gaji bersih. Cara Pengiraan: 1. Tanpa Guarantor Bayaran ansuran bulanan: RM700 700 x 3 = RM2,100 Gaji anda: Mestilah tidak kurang dari RM2,100 Tapi ini hanyalah estimation awal. Mungkin ada consideration dari pihak bank. Apa yang pasti ialah loan pasti lulus jika ansuran tidak melebihi 1/3 dari gaji bersih anda. 2. Dengan Guarantor Bayaran ansuran bulanan: RM700 Gaji anda: RM1,700 Gaji Guarantor: RM2,000 Total gaji Anda + Guarantor = RM3,700 3700 ÷ 3 = RM1,233.33 Total gaji anda dan guarantor akan lebih meyakinkan. Jadi, loan untuk RM700 ansuran bulanan boleh lulus. Malah boleh ambil kereta dengan ansuran bulanan RM1,000 jika mahu. Guarantor sebolehnya ada pertalian keluarga yang dekat (Ibu/bapa/adik beradik/suami/isteri) dan wajib berpendapatan tetap. Rujukan:  kakipromo.com
Image
Dah 2 bulan tak pergi kerja. Dah 2 bulan tak makan nasik. Dah 2 bulan tak jalan-jalan shopping-shopping. Dah 2 bulan terperuk kat rumah. 2 kali warded. 2 kali masuk air. Lost weight 4kg. Pernah rasa give up, nak marah. Tapi bila scan nampak ada jantung yg kecik tu berdenyut, hilang segala perasaan kecuali nak terus kuat. Sekuat jantung yang berdenyut tu. Alhamdulillah.. Fasa tak sihat ni semakin berlalu. Sedikit demi sedikit banyak makanan yang semakin boleh diterima. Akhirnya dapat kembali bekerja semula. Dan sekarang masanya untuk memberi zat dan mengambil yg sihat-sihat je untuk menggantikan apa yang hilang 2 sepanjang 2 bulan ni. Slow-slow. Dan kembali berblog. Hehe. 1st time I met you.. 5 weeks. Alhamdulillah, sekarang dah masuk 15weeks. :) Terima kasih encik suami kerana selalu bersabar dalam fasa ini.. :: FnN :: FnN Plus